Sunday, October 23, 2011

Pengalaman & Persoalan Disihir Kepada Dato' Hj. Engku Ansaruddin Agus (Pak Engku)

Berikut ada e-mail yang aku tulis kepada salah seorang tokoh di negara kita iaitu Dato' Hj. Engku Ansaruddin Agus (Pak Engku) berkaitan penyakit yang aku alami.



Gambar:Pak Engku
Sedikit pengenalan berkenaan Pak Engku.Beliau merupakan Pakar Khidmat Runding dan Motivasi Spiritual di Rawatan Komplimentari Yashfien, selain itu juga aktif dalam Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebagai Penasihat Kehormat. Mengisi slot Misteri Alam Melayu dan juga rancangan temubual Assalamualaikum di TV Al-Hijrah serta slot Kerusi Panas di radio 24 BERNAMA, juga pernah mengisi slot petang di radio IKIM. 


Pengalaman beliau pada saat ini sudah melebihi 40 tahun dalam mejalankan rawatan perubatan spiritual, alternatif dan sudah banyak memberikan pandangan dan nasihat kepada masyarakat yang memerlukannya. Secara jujur dan ikhlas, sampai saat ini beliau tidak merasakan beliau pandai ataupun hebat. Beliau selalu berkata ini adalah kepunyaan Allah dan izin Allah.

Pengalaman & Persoalan:

Assalamualaikum Pak Engku,



Saya ingin berkongsi pengalaman disamping ingin bertanyakan soalan pada Pak Engku. Pada 25 Oktober 2010 yang lalu,semasa saya sedang memandu kereta.Tiba-tiba  penglihatan saya menjadi silau.Kemudian kepala saya(bahagian atas sebelah kiri) terasa sakit seolah-olah ditusuk sesuatu.Selepas itu kepala saya menjadi kebas. Rasa kebas ini bergerak dari kepala ke seluruh badan hingga ke kaki. Ketika rasa kebas ini melalui bahagian dada,dengan tiba-tiba  jantung saya berdenyut kencang (seolah-olah  baru lepas berlari marathon).Keadaan in menyebabkan pernafasan saya menjadi kencang dan pendek sehingga  sukar bernafas. Rasa kebas ini juga menyebabkan tubuh saya menjadi sejuk dan mengigil.


Dalam keadaan panic , saya terus memecut kereta ke klinik berdekatan (ketika ini keadaan saya amat lemah,penglihatan kurang jelas dan sukar bernafas). Sampai di klinik (pernafasan saya sudah pulih), doctor telah membuat pemeriksaan (termasuk pemeriksaan jantung).Hasil dari pemeriksaan doctor pengesahan saya sihat.
Keadaan ini menyebabkan rasa merasa pelik setelah apa yang saya lalui sebentar tadi. Saya telah meminta bantuan seorang rakan untuk membawa saya pulang ke rumah dari klinik kerana tidak lagi mampu memandu.

Keesokkan harinya, saya telah ke klinik (klinik lain) sekali lagi untuk membuat pemeriksaan. Tapi doctor yang memeriksa saya mengesahkan saya sihat. Bermula hari itu,boleh dikatakan setiap minggu saya menjalani pemeriksaan di klinik (berlainan) termasuk berjumpa pakar jantung.Tapi semua hasil pemeriksaan, mengesahkan saya sihat.


Seminggu selepas kejadian, saya mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Badan saya mula berasa lemah, kepala terasa pening/hanyut (pernah suatu ketika  terpaksa solat dalam keadaan duduk.sekarang dah boleh solat berdiri),kesukaran bernafas,berdebar-debar hingga sukar bernafas (doktor ada bekalkan saya ubat yang dikenali sebagai Propanolol untuk memperlahankan denyutan jantung),perut sentiasa kembung (telahbeberapa dirujuk kepada klinik pakar hospital,namun tiada perubahan),takut (berdebar-debar/lemah badan/sukar bernafas) apabila berada ditempat orang ramai walaupun tidak sampai sepuluh orang,takut bila berseorangan (termasuk tidur dalam  bilik),tidak mampu untuk memandu/menunggang kereta atau motosikal (berdebar-debar/lemah badan/sukar bernafas sekiranya cube berbuat demikian),kadang-kadang fikiran menjadi serabut dan celaru,sering gelisah dan tidak senang duduk,tidak dapat menumpukan perhatian,takut apabila mendengar berita kematian,tidak mampu menaiki kenderaan untuk tempoh yang lama (paling lama 1 jam) kerana berdebar-debar/lemah badan/sukar bernafas,pernah suatu ketika hilang selera makan hingga berat badan turun (sekarang dah ok) dan pelbagai lagi.

Keadaan ini berterusan sehingga sekarang.(25 Oktober 2011 genap setahun)

Saya telah mendapatkan rawatan (alternative) daripada beberapa perawat perubatan Islam (setakat ini 28 orang semuanya) bagi mengubati penyakit yang dialami. Namun perubahan yang dialami agak perlahan/sedikit.  Malah ada diantara perawat-perawat yang saya temui,buntu dengan penyakit yang saya alami kerana mereka belum pernah berhadapan penyakit macam saya.

Kebanyakkan perawat yang ditemui mengatakan saya telah disihir oleh orang yang saya kenali (lebih tepat kawan ).Motif disebabkan perasaan cemburu dan dengki.Tapi sejauh mana kebenarannya,saya kurang pasti.

Disamping mendapatkan rawatan moden dan alternative,saya turut membaca Yassin dan solat hajat setiap malam,berzikir disamping mengamalkan bacaan ayat-ayat seperti 3 Kul,Ayat Kursi dan sebagainya sebagai salah satu ikhtiar.

Soalan saya,berdasarkankan situasi yang dialami adakah benar saya telah disihir?Apakah ayat-ayat  atau amalan-amalan yang sesuai untuk saya amalkan sebagai pendinding diri dari gangguan jin,iblis,syaitan,hikmat orang,tuju dan sihir?

Harap Pak Engku dapat membantu. Terima kasih.


Jawapan:

Jawapan telah diterima daripada Dato' Hj. Engku Ansaruddin Agus (Pak Engku) berkaitan penyakit yang aku alami pada 27 Oktober 2011 (5.45PM) melalui Facebook beliau.


Waalaikumsalam saudara BigBoss Man dan para sahabat yang mengikuti FB ini,
Berdasarkan keterangan yang diberi, ianya adalah ciri-ciri dan tanda-tanda seseorang yang mengalami gangguan sihir. Istilah sihir ini terbahagi kepada dua kategori. Kategori pertama adalah kerjasama jin, syaitan, iblis, laknat terkutuk dengan manusia (samada dukun atau pengupahnya). Kategori kedua adalah adalah sihir dimana jin yang masuk ke dalam tubuh seseorang samada melalui turun temurun atau singgahan atau jin, syaitan, iblis, laknat yang telah bersumpah di dalam Al-Quran untuk menyesatkan umat Muhammad, zuriat keturunan Adam.

Kesemua ayat-ayat yang saudara amalkan untuk menangkis serangan gangguan tersebut adalah benar. Walaubagaimanapun, oleh kerana jin, syaitan, iblis, laknat terkutuk ini telah lama bersarang di dalam tubuh saudara, langkah yang paling bijak adalah untuk mendapatkan rawatan pakar alternatif di samping mengamalkan ayat-ayat quran tersebut.

Saudara BigBoss Man yang saya hormati, tingkatkan kesabaran, amal ibadah dan kegigihan dalam perjuangan untuk merawat diri anda sendiri. Semoga saudara mendapat petunjuk dan terus berusaha untuk berubat serta mendapatkan rawatan alternatif yang sesuai agar diizinkan kesembuhan dari Allah Azza Wa Jalla, InsyaAllah.
Amiinn ya Robbal 'Alamiinn.








4 comments:

  1. Assalam saya pun pernah lebih kurang mcm saudara cepat semput walau tiada asma. Saya sampai bosan periksa d pakar kecuali emergency saya akan ke hospital. Punca saya shr dan sakk . Sy mula d shr kwn kerana dengki dan sihir saudara pasal tanah . Saya jd mangsa 5 dalam satu. Bermacam simtom dan mimpi saya alami. Hingga sekarang penyakit semput masih meninggalkan kesan walau dah shr n sk dibuang. Sy keluar masuk wad tiga kali . Emegency tahun tahun lepas hampir brpuluh kali n bepuluh kali xray. Dr sampao bg ubat mental. Saya dah lebih 30 perwat. Alhandulillah sekarang kurang. Saya nak kongsi kuatkan pergantungan pada Allah serah sepenuhnya n minta direct dari dia. Pengalaman saya makin kurang berubat sana sini makin kurang sakit. Sebaliknya banyakan gantung harap pada Allah sebb semua ni datang dari Allah . Percaya Allah jua nanti mencabut penyakit. Wallahualam

    ReplyDelete
  2. Salam..terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman dengan saya.nampaknya kisah kite seakan sama.Doktor pernah keluarkan surat untuk rujuk saya ke Unit Kesihatan Mental.Tapi saya tak pegi la.Saya bukan sakit mental.Ada rekod susah pulak nanti.Keadaan saya sekarang sudah ada perkembangan positif.Alhamdulillah.Sebagai salah satu ikhtiar setiap malam saya baca yassin,solat hajat.bacaan ayat2 ruqyah 24 jam saya pasang kat umah @ opis.semoga kite dan mereka senasib sembuh dari penyakit ni.amin

    ReplyDelete
  3. Allhamdulilah..semua sahabat sahabat yg punya sakit camni100 persen cam saya..semput ..kembong perut..jumpa pakar jantong asma..cuma saya mintak yv ada kesembuhan utk call saya utk berkongsi pendapat dan menambah ikatan siratullrohim..boleh whatup saya saya pon sedang berihtiar lagi utk merawatnya..0193657795

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum ,bolehkah kongsikan ayat2 yg tuan2 amalkan bg yg telah bejuang melawan penyakit ini

    ReplyDelete