Monday, October 24, 2011
Amalan Pendinding diri daripada Syaitan
Pengijazahan dari Ustz Hanif Hj. Ghazali
Pastikan niat hanyalah untuk melindung diri, keluarga, kediaman dan harta benda daripada kejahatan makluk (niat khusus) agar kebaikan akan terus mendatangi diri, keluarga, harta dan rumah kebaikan.
Antara pelindung diri yang diamalkan oleh ustz Hanif adalan amalan yang diwarisi daripada almarhum ayahandanya.
Beliau memperolehi amalan ini daripada sahabatnya yang bertugas di Universiti Ummul Qura, Makkah al-Mukarramah. Amlan ini dikatankan telah diijazahkan oleh salah seorang imam di Masjidil Haram.
Apabila hendak melakukan amalan ini pastikan anda menghadap ke arah kiblat dan sebaik-baiknya sedang berada di atas sejadah atau tikar sembahyang dan dilaksanakan selepas mendirikan sembahyang.
Surah al-Fatihah 7 kali
Surah al-Ikhlas 7 kali
Surah al-Falaq 7 kali
Surah an-Nas -
-Surah an-Nas dibaca seberapa banyak yang mampu.
Ketika amalan ini dilaksanakan hendakalah tangan diangkat seperti sedang berdoa dan setiap kali selesai membaca surah-surah tersebut, hendaklah ditiup atau dihembus ke tapak tangan.Amalan ini berakhir dengan disapukan tapak tangan ke seluruh badan dari kepala hingga ke hujung kaki. Niatkan untuk pelindung diri.
Sumber:http://kemai81.blogspot.com/2009/05/amalan-pendinding-diri-daripada-syaitan.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment