salah satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan adalah tugasan di Pulau Redang tahun lepas..tengahari tu aku telah mendapat arahan dari bos untuk siap sedia bergerak P.Redang pukul 3.00 ptg . aku siap lah kelengkapan seperti biasa,1 beg galas yg kat dalamnya aku isi kamera,mic,dv tape & air mineral. tripod aku pegang kat tangan jer.xkan nk letak beg gak kan..heheehe.
program yg aku g ni adalah kelolaan Jab.Pendidikan Negeri. sampai kat jeti syahbandar,aku berjumpa la dgn contact person JPN yang akan menguruskan keperluan aku sepanjang program ni.
kemusykilan mula timbul apabila cikgu ni mintak duit RM100 untuk beli tiket pegi balik feri ke P.Redang. dalam kepala aku masa takkan aku kene tanggung sendiri kos perjalanan. sedangkan JPN yang mintak opis aku cover program diorg..tak pernah jadi lagi mcm ni.tgh2 duk fikir,dengar la jeritan kakitangan jabatan laut yg gtau suruh cepat sbb feri dah nk gerak. dlm keadaan kelam kabut,aku pun keluarkan duit bayar tiket..pastu berlari aku ke feri.
dalam feri aku still duk terfikir apsal lak aku kene bayar.bos gtau JPN urus semua.pening2. dlm keadaan serabut kepala aku sempat tanye cikgu tu,program start dan abis pukul wape?terkejut beruk aku bila cikgu tu gtau program start pagi esok,dlm tghari abis la..sekali aku terkejut beruk.maknanya aku kene bermalam kat P.Redang..aduiiiiii,aku dah la datang sehelai sepinggang jer ni.nset lak bateri dah nk abis.duit ada RM100 jer...arghhhhhhhhhhhhhh.giler babi mcm ni.bos aku xde lak gtau kene tdo kat pulau ni..mampus aku.
sampai kat pulau,aku semakin stress dgn apa yang berlaku.mcm2 menda aku pikir dlm kepala otak ni..adakah diorg nk sabotaj aku smpai wat aku mcm ni.bla..bla..bla.masalah aku belum berakhir.tempat tido lak masalah. aku ingatdiorg dah setle semua.rupa-rupanya.cikgu tu gtau nanti try nk tanye cikgu2 lelaki yg sampai awal kot2 leh selit aku sorang kat rumah diorg...what the h***!..ni la tugasan paling kelam kabut.tetiba aku wase dah macam pengemis lak..
bengang betul aku..sampai ditempat program (pusat ko pulau redang), terpacar sinar kebahagian..ttibe aku ternampak kawan yang keje BTP (Bahagian Teknologi Pendidikan).dulu aku pernah traininig t-gas kat BTP ni.ape lagi terus aku g jupe diorg citer keadaan aku..perghhhh.lega2.diorg ajak tido umah diorg.nasib baik ada kawan yg boleh tolong aku.syukur....so,semalaman aku kat sini,terpaksa menumpang pakai bedak & minyak rambut diorg.mandi?memandangkan aku xde towel.so terpaksa aku pakai t-shirt program yg urusetia bagi sebagai towel..huhuhuhhu...nasib badan.
dipendekkan cerita selesai program,aku balik la ke tanah besar semula.sampai di opis,terus aku mengamuk marah kat bos aku.giler bengang aku.nasib baik bos aku ganti balik RM100 yg wat beli tiket...lepas tu aku nekad x nk cover lagi program JPN..menyusahkan org jer..sblm ni byk dah press complain psl JPN punya porgram mesti kelam kabut.x sangka lak terkena kat aku kali ni..
apepun,semua ni adalah kenangan untuk aku..kenangan pahit.hahaahha..terimakasih kepada amiruddin BTP dan seorang lagi kawan BTP yg aku dah lupe nama,sbb sudi tolong aku hari tu..jasamu dikenang.hehehe
Tuesday, September 27, 2011
Kenangan..
ni pic hari terakhir aku bekerja di Taman Tamadun Islam (TTI). mereka2 dalam pic ni adalah ahli JRT. sebuah kelab yang ktorg reka sendiri.heheehe.ahli kelab adalah mereka yang selalu lepak kat staff meal (staff cafe) waktu lunch.hahaahaha.
dalam pic ni adalah pejo purchasing,ali purchasing,najib purchasing,jasbi cristal one,shah av one,nazir gs one,ala cc one,din tech 3,zul it two,apis yeo cc,along cc,bai stm dan aku mesol event two..
Ciri-Ciri Isteri Solehah
* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri. * Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami. * Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki. * Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama. * Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja. * Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat. * Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan. * Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya. * Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar. * Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap. * Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan. * Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya pula bila ketiadaan suami. * Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri. * Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya. * Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang. | |
Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong
Bila aku tgk videa ceramah Mat Sabu yang mengatakan Mat Indera & Komunis merupakan wira dalam kejadian berdarah Bukit Kepong, bengang giler babas aku. aku pun tak faham apa yang di pikirkan Mat Sabu sampai boleh buat statement macam tu. so,aku nk ajak korang semua baca tentang sejarah Bukit Kepong.macam mane kisahnya bermula..................
Bukit Kepong
Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kejadian serangan komunis semasa keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayuselepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut, balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.
Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.
Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.
Permulaan
Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963). Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.[1]
Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:
- Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan
- Keadaan balai polis yang terpencil
Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.
Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.
Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.
Serangan Komunis
Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, seorang Komunis Melayu. Menurut rancangan asal, Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu hanya sebagai amaran sahaja, bagaimanapun serangan yang turut disertai Komisser Goh Peng Tun itu bertukar menjadi tragedi buruk. Pihak komunis mengepung balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun dengan kekuatan anggota yang sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.[2]
Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.
Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.
Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.
Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.
14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.
Bantuan Dari kampung Berdekatan
Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari stesen pokis Bukit Kepung. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.
Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Ali Mustafa mengarah pengawalnya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.
Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada 10am dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan.
Selanjutnya
Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepong, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung mengambil alih pentakbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis. Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo, di mana anggota polis Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texans) berhadapan dengan cabaran yang hebat dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.
Mereka Yang Terselamat
Anggota Polis
- Konstabel 10533 Othman Yusoff (meninggal);
- Konstabel Marin 37 Abu Bakar Daud (meninggal);
- Konstabel Tambahan 3472 Ahmad Khalid (meninggal);
- Konstabel 7645 Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun 2005)
Ahli keluarga anggota
- Mariam Ibrahim - balu Konstabel Muhamad Jaafar
- Zainun Muhamad - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
- Abu Samah Muhammad - anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar
- Zaleha - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
- Jamilah - anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud
- Hussain - anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud
- Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Konstabel Hassan Osman
- Pon Khalid - isteri Konstabel Marin Awang Ali
- Fatimah Tuani - isteri Konstabel Hamzah Ahmad
10. Edmund Ross Williams Hunt - orang asli bertugas sebagai pemandu arah
Mereka yang Gugur Dalam Pertempuran
Anggota Polis
- Sarjan 2493 Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
- Koperal 7068 Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
- Lans Koperal 7168 Jidin Omar
- Konstabel 9136 Hassan Osman
- Konstabel 3933 Hamzah Ahmad
- Konstabel 8600 Jaafar Hassan
- Konstabel 7493 Muhamad Jaafar
- Konstabel 5674 Abu Mohd Ali
- Konstabel 7862 Abu Kadir Jusoh
10. Konstabel Marin 60 Ibrahim Adam
11. Konstabel Marin 68 Awang Ali
12. Konstabel Marin 181 Basiron Adam
13. Konstabel Tambahan 3475 Mohd Top Lazim
14. Konstabel Tambahan 3795 Jaafar Arshad
Polis Bantuan
- Ins. Kudarina Naknok
- AP 2130 Samad Yatim
- AP Mahmood Saat
- AP 1925 Ali Akop
- AP 2127 Othman Yahya
Keluarga Anggota
- Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
- Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
- Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
- Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabel Abu Mohd Ali
Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
- AP Redzuan Alias
- Embong Lazim
- Mendiang Koh Ah Cheng
Sumber Rujukan:
- ↑ "Bukit Kepong: The Malayan Alamo". Armorama. http://armorama.com/modules.php?op=modload&name=Sections&file=index&req=viewarticle&artid=1811. Dirujuk pada 2010-05-05.
- ↑ Universiti Kebangsaan Malaysia - Peristiwa Bukit Kepong. Diakses pada 01-09-2011
http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_Bukit_Kepong
Khasiat Ayat Kursi

Mahfum ayat:
Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.
[Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]
Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
- Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
- Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
- Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
- Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
- Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
- Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
- Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
- Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
- Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
- Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)
Monday, September 26, 2011
Mubin Strike Back!
ni penampilan kedua aku setelah 11 bulan tidak menjalankan tugas sebagai cameraman. alhamdulillah, aku slow2 belajar wat keje luar balik..harap2 lepas dapat kerja macam dulu..
Subscribe to:
Posts (Atom)








