Monday, April 16, 2012

Boring Ya Amat Ger!!!!!

Jap lagi bertukar menjadi gaban!


Boring tahap gaban hari ni duk kat opis.Takde keje nak buat setakat ni.So bagi menghilangkan tahap keboringan yang sudah terlampau yang amat ni,aku layan fb,download movie dan blogwalking.
Andiwira Gaban..


Takde movie best nak download
Lenguh berjalan...

Fenomena alaf baru

Tapi aku rasenye aktiviti ini tak bertahan lama sebabnya perasaan boring sudah mula menguasai diri ni.Tension2...

Arghhhhhh..

Apa aku nk buat yea???Kalau taiko ada leh ajak buat projek radio amatur.Projek takde la apa sangat sebenarnya,matlamat utama (bukan shopping complex One Utama yea) nak cabut dari opis and balik umah.Hahahahaahahah.Tapi nampaknya misi tak dapat dijalankan hari ni.Terpaksa membosankan diri kat opis sampai habis opis hour.Deng!Deng!...

Ni stok giler terus ni..

Alhamdulillah..Perkembangan Positif



Assalamualaikum..

Dah lama aku tak update pasal tahap kesihatan aku kan.So,entry kali ni aku nak berkongsi pasal perkembangan terkini kesihatan aku.

Macam guru besar lak
Alhamdulillah..Aku bersyukur sangat2 pada Allah kerana dengan izinNya tahap kesihatan aku semakin menunjukkan perkembangan positif.Happy?Of coz la aku happy.Setelah setahun setengah menderita dan 35 orang perawat aku berikhtiar,akhirnya aku hampir sembuh.Syukur Ya Allah.
Dah macam sindrow down aku tengok.he3

Aku hampir putus asa sebelum ni.Aku pernah terfikir yang aku takkan lagi boleh bawak kete atau moto selepas ni.Tapi dengan izin Allah Yang Maha Berkuasa,sekarang ni aku dah boleh bawak kete dan moto macam dulu.Walaupun tak secekap dulu,atleast aku dapat bawak jugak daripada tak dapat bawak langsung masa sakit teruk dulu.

Lori OB


Dari segi kerja pulak,aku sekarang dah slow2 follow krew OB keluar buat coverage program.Opppssss,mungkin ada yang tak tau OB tu apa kan? OB ni adalah singkatan kepada Outdoor Broadcasting.Dalam bahasa yang lebih mudah,krew siaran luar.Macam krew2 stesen tv lain seperti RTM,TV3 dan lain2.Biasa korang semua dapat tengok krew OB ni time ada acara sukan seperti perlawanan bola,konsert,majlis pelancaran yang penting2,forum seperti Forum Perdana Ehwal Islam dan sebagainya la.Ada faham?.Heheheh.Okey,sambung balik citer tadi.So setakat ni,adalah beberapa program aku sempat joint.Allahamdulilah sangat2 sebab aku dah boleh buat keje macam dulu walaupun tak sehebat dulu.Dulu hebat ker????Hampeh...Hahaahaha.
Krew2 OB sedang menjamu selera

Tapi baru ni masa wat coverage program kat luar bersama krew OB,team mate aku cakap aku masih lagi hebat seperti dulu walaupun dah lama tak pegang kamera.Bangga soit.Bukan aku angkat bangkul sendiri ,okey.Serius kawan aku cakap macam tu.Tak caye,tanyelah kawan aku tu.Kahkahlah..
Giler gemuk!

Makin terserlah kegemukkan..huhuhuh

Apepun aku amat2 bersyukur dengan perkembangan positif ni.Aku rase mungkin tahap kesihatan aku berada pada tahap 80% kot.Tinggal lagi 20%,insyallah akan mungkin akan sihat sepenuhnya.

Nak pitam rase tahan berat kamera2 ni..

Aku yang pendek ke kamera ni yang tinggi sangat?

Sebagai tanda syukur,baru2 ni aku sekeluarga adalah buat sedikit majlis kesyukuran dan solat hajat di surau berhampiran umah tok.Majlis kecil-kecilan jer.Tetamu hanya ahli jemaah surau dan kaum keluarga terdekat.Tapi insyallah,nanti kalau aku sihat sepenuhnya akan diadakan majlis kesyukuran yang sedikit besar la.Aku target majlis ni nak dibuat dirumah aku sendiri.Jemput jemaah surau,masjid,kaum keluarga dan kawan2 yang banyak tolong aku dari segi sokongan moral dan fizikal.Insyallah.

Rasenye tu sajer cerita yang dapat aku kongsi setakat ni.Nex time aku berkongsi citer lain pulak ye.By the way jangan lupe doakan kesihatan aku okey.Harap2 aku dapat kembali sihat sepenuhnya macam dulu..


Mood!@)!&#*@^&(^


Assalamualaikum...

Dah agak lama aku tak menulis entry kan?Sebenarnya aku ada banyak benda yang hendak dikongsikan.Tapi akhir-akhir ni aku tak berapa ada mood nak menulis.Kalau menulis dalam keadaan takde mood ni susah sikit nak ambik "feel".Silap hari bulan,benda yang ditulis tu merapu ntah apa-apa nanti gara-gara ketandusan idea dalam memastikan kesinambungan jalan cerita.

So,adalah lebih baik aku rileks-rileks dulu buat masa ni  sambil cari mood yang hilang.Nanti bila dah mood,aku akan kongsi beberapa cerita okey..Chow kit road dulu..

Wednesday, April 4, 2012

Orang yang sakit dan tidak merasa ada kesembuhan

Salam..ni ada satu lagi amalan yang mungkin korang semua boleh cuba.Aku sendiri pun dah cuba amalan ni.Harap2 lepas ni dengan izin Allah,adalah perubahan yang berlaku.



Amalan antara waktu Asar dan maghrib


1.Ya Allah 1100 kali





2.Surah Al-Fatihah 41 kali




Menghembus ke dalam air dan kemudian di minum.Inysa Allah 



Sumber:PERUBATAN SYIFA AL-IKHLAS (SATU IKHTIAR PERUBATAN ISLAM)'

Menghalang Pencuri Masuk Rumah Kita

Salam semua..entry kali ni aku nk share pasal satu amalan yang berguna untuk kite semua.Amalan ni aku ambik dari sumber seperti mana yang dinyatakan dibawah enrty ni.Selamat mencuba.

foto:sekadar hiasan

Amalan ni kenalah bersungguh-sungguh iaitu:


*Amalan membaca ayatul kursi 7 kali

*Amalan ini di lakukan selama 44 hari

Cara-caranya:

Semasa membaca ayatul kursi bayangka rumah kita di penuhi air lautan di kawasan rumah kita dan selepas membaca ayat kursi 7 kali dan lepas itu niat atau doa hajat pada Allah s.w.t


Foto:sekadar hiasan