Sunday, October 2, 2011

DOA PENUNDUK DAN JUGA PERISAI DARI FITNAH/ILMU HITAM.

Ini doa penunduk yang sekian lama diamalkan oleh penulis dan penulis pernah memberi pada kawan-kawan yang terdekat. Penulis juga memberi doa ini kepada anak saudara penulis yang selalu berurusan dengan VIP hal kerja dan projek. Beliau selalu membaca dan mengamalkan doa ini sebelum pergi mesyuarat. InsyaAllah setakat ini berjalan lancar.


Doa ini juga sebagai doa penunduk kepada orang atasan yang garang dan tidak bertimbang rasa. Jika diizin Allah SWT , insyaAllah boss yang garang akan hormati kamu. Jika berjumpa seseorang yang kita baru kenal dan orang itu ada niat yang tidak baik insyaAllah, Allah akan pelihara kita dari perbuatannya seperti menggunakan lmu hitam. Dan banyak kafiatnya ayat ini.






BACA BAHAGIAN INI DARI SURAH AL-ANFAL: AYAT 17

Maksud Ayat 17


Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir) dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


Cara mengamalkan dan menggunakan:



1. Baca selepas solat sebanyak yang boleh sekurangnya 9x. Jadikan zikir sebaiknya.


2. Bacakan doa ini semasa dalam perjalanan untuk sesuatu urusan sebelum mesyuarat/perjumpaan/mengadap orang atasan yang akan kita jumpa nanti.


InsyaAllah, Allah akan sentiasa melindungi kita dan tidak memberi peluang kepada orang lain yang mempunyai niat yang tidak baik seperti memfitnahkan, memarahi,dengki, guna sihir dan perkara-perkara yang tidak baik. Gunakan untuk kebaikan.



Wasallam.


Sumber: Dari kakak angkat isteriku yang selalu berguru. Semuga beliau dirahmatiNya.


"DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN, MAKA BERDOALAH KERANA DIA MAHA PENDENGAR"

Sumber:http://www.resepirahsiaku.com/2011/09/doa-penunduk-dan-juga-perisai-dari.html

Cara-Cara Menunaikan Solat Sunat Dhuha

Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,


"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ


Drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW:

"Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah SAW bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ


Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, beliau bersabda:

"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani

Lafaz Niat Solat Dhuha:

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali


سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ


"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"
Doa:


اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.

Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Sumber:http://www.resepirahsiaku.com/2010/12/pilih-calon-menantu-perempuan.html

Cara-Cara Menunaikan Solat Sunat Taubat


Selagi masih bernafas, segeralah bertaubat kepada Allah SWT. Masih belum terlambat lagi melakukan sekarang. Jangan tunggu esok, minggu depan,bulan depan atau sudah bersedia baru nak bertaubat. Takut tak sempat nanti, bila-bila masa sahaja ajal kita boleh diambil oleh sakaratul maut. Pada masa itu tertutupnya pintu taubat maka mati anak adam itu sia-sia sahaja.


Sabda Nabi SAW:

“Sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum rohnya berada di kerongkong (Sakaratul maut), maka Allah menerima taubatnya”.
ALLAH SWT sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah SWT telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya:

“Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat:

Ikhlas ingin bertaubat


Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.


Waktu melaksanakan taubat


Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.


Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati ber-erti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya.


Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.


Cara melaksanakan solat taubat


Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;


Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail


Lafaz niat: Usalli sunnatal Taubati rak'ataini lillahi ta'ala.


Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Ta'ala."


Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran. (Surah Al-Kafirun).


Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
(Surah Al-Ihklas).


Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),





Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

Selepas salam, perbanyakkan istighfar berikut:




Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah, dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,





Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
Sumber:http://www.resepirahsiaku.com/2010/12/lakukan-solat-sunat-taubat-selagi-masih.html

Cara-Cara Menunaikan Solat Sunat Tahajjud

Firman Allah SWT:

“Hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk sembahyang tahajjud,sebagai sembahyang sunat untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan membangkitkan engkau dengan kedudukkan yang baik.” (al-Isra’:79)


Erti Solat Tahajjud:

Solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam, sedikit 2 rakaatnya, 4 rakaat 6 rakaat sehingga 8 rakaat banyaknya. Selepas 2 rakaat beri salam.

Waktu dikerjakan Solat sunat Tahajjud ini sesudah waktu isyak sampai terbit fajar.

Tetapi dengan syarat barangsiapa yang ingin melakukannya perlulah tidur dahulu. Walaupun tidurnya itu sebentar sahaja. Bangun daripada tidur itu barulah boleh melakukannya.

Jika kita bangun hendak pergi kerja dalam pukul 5.00 pagi bolehlah kita melakukan Solat Sunat Tahajjud itu. Sekejap sahaja. Lakukan sebelum masukknya waktu Subuh.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardu ialah sembahyang sunat malam.” (riwayat Muslim)

Terlalu banyak fadilat dan kelebihan sembahyang tahajud. Ini kerana tahajud merupakan suatu amalan yang sukar dilakukan. Walaupun bilangan rakaatnya (paling kurang) hany dua sahaja tetapi tidak semua orang mampu melakukan. Apatah lagi waktunya adalah pada waktu malam dan selepas tidur. oleh itu Allah dan RasulNya menjanjikan ganjaran yang besar terhadap mereka yang sanggup melepaskan selimutnya semata-mata untuk mengerjakan tahajjud.

Niat



Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala


Bacaan ketika solat sunat tahajjud itu:

1. Pada rakaat pertama baca surah Fatihah dan Surah Al-Kafirun atau surah2 lain yang anda tahu kerana iainya tidak ditetapkan.

2. Pada rakaat kedua selepas Surah Fatihah bacalah Surah Al-Ikhlas.

Selepas selesai solat bacalah doa yang khusus jika kita tidak tahu kita bacalah apa2 sahaja doa yang kita tahu atau mintalah apa sahaja hajat atau permintaan dalam bahasa kita sendiri.


Doa Selepas Memberi Salam.




Fadillat atau faedah mengamalkannya:


1. Mendekatkan diri kepada Allah SWT.
2. Orang yang melakukannya termasuk dalam golongan orang yang berzikir.
3. Orang yg mengerjakannya akan diberi ganjaran syurga InsyaAllah.
4. Solat ini juga sebagai penebus kejahatan (dosa2) yang lalu.
5. Ianya juga dapat menghindarkan dari penyakit.

Wassalam

Sumber:http://www.resepirahsiaku.com/2010/12/solat-sunat-tahajjud-mendekatkan-diri.html

Cara-Cara Menunaikan Solat Sunat Hajat

Solat sunat hajat adalah solat yang dilakukan untuk meminta sesuatu hajat yang besar mahupun hajat yang kecil, untuk dicapai, solat sunat hajat dilakukan pada malam hari iaitu 2/3 malam terakhir. Solat sunat ini dilakukan dalam 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan besertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.

PANDUAN SOLAT HAJAT:
Mandi terlebih dahulu dan mengambil wuduk. Pakaian yang bersih, yang afdal berwarna putih.

Lafaz Niat:

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

“Ushollii sunnatal haajati rok’ataini lil laahi ta’aalaa”

Ertinya:

“Sahaja aku solat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”


SEBENARNYA SOLAT HAJAT BOLEH DILAKUKAN DALAM 22 CARA SOLAT. HANYA CARA SOLAT HAJAT PERTAMA SEHINGGA CARA SOLAT HAJAT KEEMPAT DITERANGKAN KALI INI.


1.Cara Solat Hajat yang pertama – Dibuat sebanyak 2 rakaat, Baca mana-mana ayat lazim selepas surah Al-Fatihah. Selepas salam masih mengadap kiblat, baca surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 152 kali. Kemudian mohonlah segala hajat pada Allah SWT.

2.Cara Solat Hajat yang kedua – Dibuat sebanyak 2 rakaat. Rakaat Pertama dibaca surah Al-Fatihah sekali dan Surah Al-Kafirun 10 kali. Rakaat Kedua dibaca surah Al-Fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas 10 kali. Apabila selepas memberi salam, hendaklah sujud dan membaca selawat keatas nabi sebanyak 10 kali:

"Allaahumma sholli ‘alaa habiibika sayyidinaa Muhammadin wa aalihi wa shohbihi wa sallim".

Kemudian membaca Tasbih 10 kali:

"Subhaanallah walhamdu lil-laah wa laa ilaaha illallaah wal llaahu akbar. wa laa haula wa laa quwwatta illaa bil laahil ‘aliyyil ‘azhiim."

Kemudian Doa ini 10 kali:

"Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah, wafil aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban naar."

Kemudian mohonlah segala hajat semasa waktu dalam keadaan sujud.


3.Cara solat hajat yang ketiga – Sebelum solat, mengucapkan Asktag-firullah uladzim seberapa banyak yang boleh untuk memohon keampunan dan keredaan daripada Allah SWT. Baca Al-Fatihah sekali dan hadiah pahalanya kepada Nabi besar SAW, seterusnya kepada sekalian roh sahabat-sahabat, keluarga-keluarga mereka, para-para tabi’in, wali Allah dan ulama as solihin serta kaum Muslimin dan Muslimat.

Kemudian baca Surah Yasin sebanyak 4 kali berturut-turut kemudian baca doa berikut:

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Suci (Allah) yang melepaskan dari setiap hutang,Maha Suci (Allah) yang melegakan dari setiap kesedihan. Maha Suci (Allah) dimana urusanNya diantara Kaf dan Nun,Maha Suci (Allah) dimana apabila Dia berkehendak untuk membuat sesuatu, Dia akan berkata; jadi, maka iapun terjadi. Wahai Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri, rahmatilah penghulu kami Muhammad dan lakukanlah untukku (tunaikanlah hajat ini)…………sebutkan apa-apa hajat anda dan anda bangun untuk menunaikan solat hajat sebanyak dua rakaat seperti kaifiat solat hajat yang ke-2 tadi.


4.Cara solat hajat yang keempat – Dibuat sebanyak 6 rakaat dengan 3 salam. Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahiim sebanyak 786 kali. Kemudian solat sebanyak 6 rakaat dan 3 salam berturut-turut. Pada setiap rakaat hendaklah membaca Al-Fatihah dan diiringi surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 15 kali seterusnya dibuat setiap-tiap rakaat.

Apabila selesai baca doa ini:

Ertinya:

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, wahai Allah sesungguhnya aku meminta dan kelebihan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dari Mu dengan kebesaran nama Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dariMu dengan kemuliaan dan kekayaan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim.Dan aku meminta dariMu dengan kehebatan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan kehormatan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan jabarut dan malakut dan kebesaran nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan keagungan, kekuatan dan kudrat nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim, angkatlah qadarku, permudahkanlah urusanku,tutupilah kelemahanku dan cukupkanlah kefakirannku”

Sumber:http://www.resepirahsiaku.com/2009/08/derma-amal-jariah-nusantara.html

Saturday, October 1, 2011



AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG


Assalamualaikum,

Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.



10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:

Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.

Sumber:

Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.

Thursday, September 29, 2011

Monsoon Cup...

Foto: Team TTI bersama jurulatih,Nurul


Foto: Aku sebagai grender


Foto: Team TTI

Foto: Keputusan Perlumbaan
 (*Kesilapan teknikal berlaku pada Race 5 apabila tempat pertama  yg sepatutnya 
dimenangi oleh TTI tetapi diumumkan  dimenangi oleh TESDEC.Kesilapan ini telah 
diakui oleh pengadil)

Foto: Team TTI bertungkus lumus mengendalikan perahu layar.

Foto: Team TTI sedang membuat persiapan

Foto: Perlumbaan sedang berlangsung

Foto: Di beri penerangan oleh jurulatih

Foto: Pesaingan sengit diantara pasukan

Foto: Cuba dipintas oleh pasukan lawan

Foto: Macam nak terbalik

Foto:Barisan jurulatih

Foto: Mr.Peter(Ketua Jurulatih) sedang memberi taklimat



Monsoon Cup..bila sebut jer ramai orang dah terbayang perahu layar..yup,perahu layar.sebenarnya Monsoon cCup adalah satu acara perlumbaan perahu layar peringakt antarabangsa yang diadakan Ri-Yaz Heritage setiap hujung tahun..musim tengkujuh.

Dulu aku x faham pun macamane perlumbaan ini dijalankan dan macamane susahnya menjadi peserta dalam perlumbaan ini..Alhamdulillah,semasa aku bertugas di Taman Tamadun Islam (TTI) aku telah diberi peluang oleh majikan untuk mewakali syarikat untuk menyertai perlumbaan perahu layar ni.cuma yg bezanyer perlumbaan ini tidak dianjurkan pada masa yg sama monsoon cup berlangsung. perlumbaan yg aku sertai ini adalah anjuran Marina Club terbuka pada syarikat2 perhotelan,perlancongan dan pusat kemahiran tempatan sekitar Terengganu.

Dalam perlumbaan ini setiap pasukan  akan menggunakan perahu layar yang sama digunakan oleh pasukan perlumbaan monsson cup sebenar.sebelum perlumbaan,aku dan kawan2 telah diberi taklimat,latihan macam cara untuk mengendalikan perahu layar ini. bila tiba hari pertandingan,setiap pasukan berusah keras untuk menjadi pemenang.semua crew bertungkus lumus memainkan peranan masing2 di ats perahu layar bagi memastikan perahu layar beroperasi ditahap maksimum.


Pasukan aku telah menang untuk beberapa pusingan diperingakat saringan.namun disebabkan kesilapan teknikal dari segi pengiraan markah.pasukan aku gagal ke perlumbaan peringkat seterusnya. kesilapan ini diakui sendiri oleh pegawai/pengadil yang bertugas.disebabkan kesilapan ini haya disedari disaat akhir iaitu selepas majlis pengumuman pemenang.tiada apa yang daapt dilakukan kecuali menerima keputusan rasmi dengan redha..keadaan ini amat mengecewakan setiap ahli pasukan aku.namun disebalik kekecewaan ini,kami semua bersyukur sebab diberi peluang untuk merasai pengalaman yang menarik ini...