Friday, October 18, 2013

Dah start balik dah..

Nampaknya semakin menjadi-jadi "ganguan" minggu ni.First hari ahad baru ni bapak aku nampak aku balik rumah dengan kenderaan pejabat sedangkan aku baru saje pergi keje pagi tu.

2nd kejadian keesokkanya iaitu hari isnin sehari sebelum raya haji.alkisahnya petang tu aku balik keje lambat pasal sebelum tu aku menghadiri majlis bacaan yasin untuk isteri kawan aku.jadi ahli keluarga aku yang lain semua keluarga berbuka puasa kat luar.tinggallah aku sorang kat rumah.kami semua puasa sunat hari arafah pada hari tu.

Selesai berbuka puasa (minum milo jer pun) aku pun lepak dalam bilik sambil on9 fb dan sebagainya.tengah asyik on9 tu aku dengar ahli keluarga aku balik.pintu rumah dibuka,dengar adik-adik aku sembang,emak bapak aku sembang,bunyi batuk dan macam-macam la.

Entah macam mane aku rase pelik pasal tak dengar pulak bunyi kereta masuk tadi.aku pun pergi la jenguk kat luar bilik.tu dia takde orang.ahli keluarga aku tak balik lagi rupenya.terkena aku.dah lama tak kene ganggu macam ni.

3th kejadian malam ni pulak.sepupu aku yang sepatutnya tido kat umah tok lari tido kat kat umah aku pasal tadi diorang dengar suara baby menangis.pelik la pasal kat umah tok mane ada baby kecuali tok dan bibik jer.aduiii macam-macam hal.

Mungkin sebab dah lama tak berubat jadi "benda" ni datang ganggu balik kot.aku pun jadi sedikit risau jugak bila jadi kejadian macam ni.yela aku pernah sakit teruk sebelum ni angkara gangguan macam ni.jadi risau la jugak.nampaknya aku kene staet berubat balik dan memperkukuhkan semula benteng pertahanan.

Benda-benda macam ni kalau dibiar mula la menjadi-jadi.semoga Allah melindungi aku dan seluruh ahli keluarga ku dari gangguan jin,iblis,syaitan dan segala malapetaka.amin

1 comment: