Sejak sakit semula 2 minggu lepas,aku mula pegi berubat balik.maka dengan ini perawat yang aku jupe kali ni adalah perawat ke 38 sepanjang 3 tahun aku sakit.
Perawat ke 38 dikenali sebagai ustaz abas (persatuan kebajikan dan perawatan rabbani).lokasi tempat rawatan adalah di kg teluk ketapang kuala terengganu.
Macam biasa bila jupe perawat aku akan disuruh bercerita tentang permasalah yang dihadapi dan sebagainya.ustaz abas kemudiannya mula membaca ayat2 ruqyah ditelinga aku.aku menjadi agak cemas sebab dah lama tak berubat risau jugak takut jadi tak sedar diri dan sebagainya.tapi semua okey jer.aku masih sedar seperti biasa.seling seli dengan bacaan ruqyah oleh ustaz abas,aku di dengarkan bacaan ruqyah menggunakan kaset.
Selesai diruqyah ustaz abas kemudiannya meletakkan rotan dicelah2 jari kaki.perghhh sakit jangan cakap la sampai berair mata aku tahan sakit.kate ustaz abas kalu sakit tandanya memang ada gangguan dalam badan aku.ustaz abas kemudiannya menepuk seluruh badan aku dengan tangannya.proses ni pun sakit jugak.aku dah macam kena pukul satu badan.serius memang sakit.tapi nak baik punya pasal tahan jer la.proses rawatan ni diulang beberapa kali.
Habis semua proses,ustaz abas tanye semasa dia buat rawatan ada terlintas apa2 tak difikiran aku.wajah orang ke.kelibat ke.aku cakap memang ada nampak.tapi yang aku nampak ni agak horror pasal aku nampak kepala perempuan putus.kepala tu dipegang oleh seseorang.tapi aku tak nampak muke orang tu.perempuan kepala putus tu berambut pendek dan muke dia putih.aku sendiri pun terkejut apsal alu leh nampak gambaran macam tu.aku sampai hari ni terfikir apa maksud bayangan tu?siapa perempuan tu?siapa yang pegang kepala tu?bila aku citer kat ustaz abas,dia senyum jer.dia kate kalau macam tu memang ada gangguan.tapi dia tak menjelaskan apa maksud bayangan tu,2 3 kali aku tanye dia senyum jer.aku pun jadi malas nak tanya.
Sebelum balik ustaz abas pesan, kene datang lagi untuk rawatan susulan sebaiknya.pasal berubat penyakit macam ni memang tak jalan kalau sekali jer berubat.memang kene banyak kali baru la leh nampak kesanya dengan izin Allah.
Sebenarnya sebelum berubat dengan ustaz abas,aku terlebih dahulu berubat di Darusyifa 3 hari sebelum tu.Di Darusyifa ustaz pun memang cakap memang aku ada gangguan.jadi ustaz Darusyifa membekalkan aku dengan air untuk buat minum dan daun bidara untuk dibuat mandi selama 3 hari.Selepas 3 hari baru aku pegi berubat dengan ustaz abas..
So far alhamduliah,aku rasa okey skit.buat masa ni aku bekukan segala aktiviti sosial dan kerja keluar sementara waktu sehingga keadaan aku kembali pulih.risau jugak aku takut jadi macam dulu.aku masih fobia dengan kejadian awal2 dulu.tarikh 25 okt 2010 memang meninggalkan kesan mendalam dalam diri aku.
Apepun mudah mudahan Allah memberikan kesembuhan kepada aku.amin.
No comments:
Post a Comment