Friday, April 19, 2013

TIPS MEMBELI TAYAR KERETA



TIPS MEMBELI TAYAR KERETA

Apa erti kod pada sisi tayar kenderaan kita??

Kadang kala kita
terleka dan tidak mengambil kira dalam membeli tayar kenderaan kita, ia
boleh mengakibatkan kemalangan atau ketidaksuaian dengan kederaan kita,
cuba kita perhatikan dan renungan sejenak mengenai kod atau simbol yang
terdapat di bahagian sisi tayar kenderaan kita....

Contoh maklumat pada permukaan sisi tayar :

175/70R13/82H

- lebar permukaan bawah tayar : 175 mm
- lebar permukaan sisi tayar : 70 mm
- jejari : R
- diameter rim : 13 inchi
- indeks muatan & symbol kelajuan : 82H
• indeks muatan 82 = tayar itu boleh menampung muatan 475 kg
• indeks muatan 71 = 345 kg
• indeks muatan 125 = 1,677 kg
• simbol H = kelajuan maksimum dgn tayar tersebut ialah 210 km/h

SENARAI KOT:

S - 180 km/j

T - 190 km/j

U - 200 km/j

H - 210 km/j

V - 240 km/j

Z - melebihi had laju 240 km/j

W - 270 km/j

Y - 300 km/j

ZR - untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j keatas

TREADWEAR 240 TRACTION A TEMPERATURE A 1905

- kadar kehausan bunga tayar : 240 (semakin tinggi nilai, semakin lambat haus)
- kekuatan cengkaman tayar : TRACTION A (paling bagus AA diikuti A, B & C)
- ketahanan suhu : TEMPERATURE A
• A : kawasan panas
• B : kawasan bercuaca normal
• C : kawasan sejuk
- tarikh pembuatan : 1905
dua no pertama = minggu keberapa dibuat (dari minggu 1 – 52) jika 19
maka tayar itu dibuat pada minggu ke-19 atau minggu ke-2 bulan mei.
• Dua no terakhir = tahun ia dibuat. Jika 05 maka dibuat pada 2005

Thursday, April 18, 2013

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58


RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini: 

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini 

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku..... 

Aamiin Ya Allah.

Doa Elak Sihir


Walaupun zaman dah moden,namun masih ada mereka yang mengamalkan ilmu hitam untuk yang menzalimi orang mereka tidak suka.Serangan sebegini yang sudah semestinya serangan secara "halus" menyukarkan mangsa untuk mempertahankan diri.

Untuk entry kali,aku share satu doa yang aku jumpa dalam facebook.Selamat mencuba.Semoga ianya dapat membantu mereka yang memerlukan.


Saturday, April 13, 2013

RESIPI SEMASA PANTANG – DAGING


RESIPI SEMASA PANTANG – DAGING


DAGING BAKAR
Panggang Daging
Bahannya:
300 gm daging lembut/ batang pinang
Garam (secukup rasa)
Minyak
Caranya:
Hiris daging mengikut urat
Gaulkan daging dengan garam
Panggang sehingga masak.
Renjiskan minyak sekali sekala supaya daging tidak melekat pada pemanggang.
Air Asam
Bahannya:
4 keping asam gelugor
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
Garam (secukup rasa)
Sedikit hirisan bawang kecil
Caranya:
Gaulkan semua bahan dan rasakan garamnya.


DAGING HALIA

Bahannya:
300 gm daging (dihiris)
(seeloknya guna bahagian daging yang tak berlemak atau boleh ganti dengan hati ayam jika suka)
1 1/2 inci halia (dihiris)
1 inci kunyit (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
1 sb sos lada hitam-pilihan
1/3 labu bawang besar-potong
garam, minyak
Caranya:

Rebus daging dlm kuali...jgn tambah air. utk cepat empukkan
daging biarkan air daging kering dulu.
bila kering masukkan sikit2 air hingga daging empuk. biarkan air kering.
Tuangkan minyak, kacau daging rata2.
masukkan kicap, sos lada hitam dan lada hitam. kacau rata.
Masukkan bahan2 lain yg dipotong dan bawang serta garam.
goreng sampai bawang besar layu.
siap utk dimakan.

DAGING GORENG LADA HITAM (Marinated)

Bahan-bahanya:
Daging dihiris halus
1 biji bawang besar – di hiris bulat
Bahan Perap
Lada hitam secukup rasa
Halia – di kisar
Bawang besar- di kisar
Bawang putih – di kisar
Sos Cili/Cili mesin – di kisar
Sos tomato
Sos tiram
Kicap pekat
Garam/serbuk perasa


Caranya:

Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang
besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap
Tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

DAGING GORENG KUNYIT

Bahan-bahanya:
Daging dihiris nipis
1 biji bawang besar – di hiris bulat
½ biji cili merah – di potong serong
½ biji cili hijau – di potong serong
½ sudu besar serbuk kunyit
Garam secukup rasa.Air secukupnya.Minyak masak
Caranya:

Perap daging dgn serbuk kunyit dan garam selama 20 minit.
Masukkan daging ke dalam kuali bersama sedikit minyak danair.
Rebus daging hingga empuk.
Masukkan bawang besar, cili merah dan hijau.
Kacau sekata.

DAGING PINDANG

Bahan-bahannya

300gsm daging lembu
1 labu bawang putih -
5 ulas bawang merah -
1 -2 batang cili merah - di hiris
5 cm lengkuas - ketuk
5 cm kunyit - di hiris
5 cm halia muda
1 batang serai – ketuk
3 – 4 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
Caranya:

Panaskan minyak
Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
Tuang air.
Masukkan daging.
Masukkan serai
Masukkan asam keping dan garam.

DAGING GORENG HALIA & BLACK PEPPER

Bahannya:

Daging
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
5 cm halia (dihiris)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
Sedikit minyak bijan
Caranya:

Tumiskan semua bahan yg dihiris (bawang putih, bawang besar, halia) dengan sedikit minyak bijan hingga naik bau
Masukkan daging & sedikit air (nak lembutkan daging) & masukkan sedikit garam & serbuk lada hitam.

Sumber:http://hidayahmk.blogspot.com/2011/03/resipi-semasa-pantang-daging.html

Makanan Ibu Dalam Pantang – Petua Orang Dulu-Dulu

Makanan Ibu Dalam Pantang – Petua Orang Dulu-Dulu

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum).

Jenis Ikan

Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

Ulam-Ulaman

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:
Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Jenis Sayuran Dan Buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung.

Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

Jenis Ayam Dan Burung

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

Sumber:KelabIbuIbuBersalinDanBerpantang

RESIPI SEMASA PANTANG – AYAM




RESIPI SEMASA PANTANG – AYAM

Ayam yang boleh dimakan semasa pantang ialah:
- ayam hitam
- ayam didik
- ayam selasih
- ayam kampung

Ayam biasa tidak digalakkan untuk mengelakkan gatal.


AYAM HALIA KUKUS

Bahannya:
Isi ayam tanpa lemak (lebih elok ayam kampung)
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 ulas bawang merah
Lada hitam yang ditumbuk/lada sulah
Garam
sedikit serbuk perasa (kalau mahu)
1 sudu besar minyak bijan

Caranya:
1. Sediakan periuk kukus, masak air dahulu.
2. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia
3. Perapkan ayam tadi dengan bahan tumbuk, lada hitam, garam dan serbuk perasa.
4. Bubuh minyak bijan dan gaul rata.
5. Akhir sekali kukus sehingga ayam masak.
6. Elok dimakan ketika panas.


AYAM MASAK KERING

Bahannya:
200 ml air
3 – 5 helai daun pegaga – dihiris
3 ulas bawang kecil – dihiris
2 ketul ayam (sederhana besar)
Seketul halia – dimayang halus
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih.
2. Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka).
3. Hidangkan ketika masih panas.


SUP AYAM

Bahannya:
½ kg ayam di buang kulit
3 Ulas bawang merah di hiris
4 Ulas bawang putih di hiris
1 inci halia di pecah-pecahkan atau di hiris
Kulit kayu manis
½ sudu teh lada hitam
Buah pelaga
Bunga lawang
Daun sup di hiris
Daun bawang di hiris
Sedikit garam

Caranya:
1. Masukkan kesemua bahan dan di masak sehingga mendidih
2. Campurkan daun sop dan daun bawang untuk penambah selera.


SUP AYAM

Bahan A
1 kg ayam – dicuci dan ditoskan
1 bunjut rempah sup tulang
3 bji kentang – dibelah dua

Bahan A - Di Tumis
2 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar – dihiris
5 biji cengkih
3 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga

Bahan B - Di tumbuk
2 sm halia
1 sudu makan lada hitam
5 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Sedikit minyak
Garam secukup rasa
Bawang goreng, daun sup dan daun bawang – untuk ditabur

Caranya:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang hingga kuning.
2. Masukkan kesemua bahan A dan kacau.
3. Masukkan pula bahan B dan tumis hingga garing.
4. Setelah garing, masukkan bunjut sup.
5. Kacau dan masukkan air, kentang dan garam.
6. Masukkan ayam yang telah dibersihkan
7. Didihkan atas api kecil dan bertutup hingga ayam empuk.
8. Tambah air jika perlu.
9. Kemudian masukkan separuh bawang goreng.
10. Akhir sekali masukkan sedikit hirisan saun sup.
11. Ketika menghidang, taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.


SUP AYAM BETIK MUDA

Bahan A
500 gm ayam – di potong kecil
200 gm betik muda – di hiris
1 biji tomato – di belah 4
2 sudu besar jus limau
2 helai daun selasih
Garam secukup rasa.

Bahan B
800 ml air
20 gm lengkuas – di hiris halus
20 gm halia – di hiris halus
2 ulas bawang besar – di hiris halus
6 ulas bawang putih – di hiris halus
2 biji cili padi – di ketuk
1 helai daun limau purut.

Caranya:
1. Masukkan semua bahan B dan rebus hingga mendidih.
2. Masukkan ayam, jus limau, daun selasih, betik dan garam.
3. Masak hingga daging empuk.
4. Masukkan tomato.
5. Biarkan mendidih selama 10 minit lagi.


ISI AYAM GORENG HALIA DAN BIJAN

Bahannya:
isi ayam
halia - dihiris
bijan - disangai / digoreng tanpa minyak

Caranya:
1. Tumiskan halia yg dihiris dengan sedikit minyak dan masukkan isi ayam.
2. Setelah isi ayam dah masak, masukkan pula garam & akhir sekali bijan yg telah disangai.


AYAM MASAK BIJAN

Bahannya:
1/2 ekor ayam di buang kulit- di potong dan di bersihkan
4cm halia tua - di hiris
3 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu makan kicap manis
Sedikit garam
Air secukupnya

Caranya:
1. Panaskan minyak bijan.
2. Tumiskan halia sehingga berbau harum.
3. Masukkan ayam dan di kacau hingga rata.
4. Tutup kuali dan masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil.
5. Tuangkan sedkit air supaya tidak terlalu kering.
6. Akhir sekali masukkan kicap dan di kacau rata.
7. Bila ayam masak tutupkan api.
8. Tambah garam jika perlu.


AYAM KUKUS CUKA

Bahan A (diperap sebelum dikukus)
8 potong ayam
4 ulas bawang putih – ditumbuk
1 cm halia – ditumbuk
Garam secukupnya

Bahan B
3 sudu makan cuka
30 gm ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Caranya:
1. Lumurkan ayam dengan bawang putih, halia dan garam.
2. Perap ayam selama ½ jam.
3. Kemudian kukus hingga masak.
4. Tuangkan cuka.
5. Tabur ke semua bahan B ke atas ayam.
6. Kukus sekejap lagi.
7. Boleh dihidangkan.


AYAM MASAK HALIA

Bahannya:
Halia Muda – Di hiris
Sos Tiram
Lada Hitam – Di tumbuk kasar
Daun Bawang

Caranya:
1. Tumis Halia hingga kuning
2. Masukkan Ayam
3. Masukkan sedikit Air
4. Biar hingga ayam masak
5. Masukkan lada hitam yang telah di tumbuk kasar
6. Masukkan sos Tiram
7. Masukkan sedikit air
8. Masukkan daun bawang


AYAM GORENG LADA HITAM (Marinated)

Bahannya:
Ayam
1 biji bawang besar – di hiris bulat

Bahan Perap
Lada hitam secukup rasa
Halia – di kisar
Bawang besar- di kisar
Bawang putih – di kisar
Sos Cili/Cili mesin – di kisar
Sos tomato
Sos tiram
Kicap pekat
Garam/serbuk perasa

Caranya:
1. Perapkan ayam bersama halia, bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
2. Panaskan minyak, masukkan ayam bersama bahan perap
3. Tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan ayam masak
4. Setelah masak, boleh ditambah dengan garam dan serbuk
5. Perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.


AYAM LADA HITAM MADU

Bahannya
1 ekor ayam, potong-potong
5 ulas bawang putih, cincang kasar
1 biji bawang merah, potong setengah lingkaran
1 buah cili merah, potong panjang
6 sendok makan madu
3 sendok makan sos tiram
1 sendok makan kicap manis
¼ sendok the garam
2 sendok the lada hitam, tumbuk kasar
350 cc air
1 batang daun bawang, potong dadu
Minyak goreng secukupnya


Caranya:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum.
2. Masukkan cili merah, gaul rata.
3. Masukkan ayam, madu, sos tiram, kicap manis, garam, lada hitam. Gaul rata.
4. Tuang air, masak hingga kuah pekat
5. Masukkan daun bawang, gaul rata dan angkat
6. Hidangkan


AYAM GORENG KUNYIT

Bahannya
Ayam
1 biji bawang besar – di hiris bulat
½ biji cili merah – di potong serong
½ biji cili hijau – di potong serong
½ sudu besar serbuk kunyit
Garam secukup rasa.
Air secukupnya.
Minyak masak

Caranya:
1. Perap ayam dgn serbuk kunyit dan garam selama 20 minit.
2. Masukkan ayam ke dalam kuali bersama sedikit minyak dan air.
3. Rebus ayam hingga empuk.
4. Masukkan bawang besar, cili merah dan hijau.
5. Kacau sekata.


AYAM PANGGANG

Bahannya
1 ekor ayam kampung (dipotong empat)
Sejambak daun salad
2 biji lemon
2 biji cili merah
2 biji limau purut
1 jambak batang serai
1 cawan minyak masak

Caranya:
1. Bersihkan ayam terlebih dahulu.
2. Bakarkan dengan menggunakan kayu arang, selama kira-kira 20 minit.
3. Renjiskan minyak menggunakan serai sewaktu sedang membakar ayam.
4. Balik-balikkan, sebelum boleh dihidang di atas pinggan bersama daun salad, lemon, cili merah.
5. Perahkan limau nipis ke atas ayam panggang untuk menambahkan keenakan rasanya.


AYAM PANGGANG SELERA PANTANG

Bahannya
223 gm ayam
1 batang serai - ditumbuk
1 sudu kecil jintan manis - ditumbuk
½ sudu kecil jintan putih - ditumbuk
1 cm lengkuas - ditumbuk
1 cm kunyit hidup - ditumbuk
1 cm halia – ditumbuk
4 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
Sedikit garam
1 keping asam gelugur
½ cawan air

Caranya:
1. Bersihkan ayam,
2. Lumur dengan garam dan sedikit campuran bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit hidup yang telah ditumbuk tadi.
3. Panggang hingga masak menggunakan ketuhar atau dapur arang.
4. Apabila masak, ketuk-ketuk sedikit menggunakan bahagian leper pisau agar isinya pecah-pecah sedikit


Bahan kuah masuk hingga ke dalam isi.
1. Panaskan sedikit minyak, tumis campuran bawang tumbuk hingga wangi masuklah pula campuran jintan tumbuk kacau hingga garing.
2. Tuangkan air dan masukkan asam gelugur serta garam.
3. Didihkan hingga kuah separuh kering,
4. Masukkan ayam dan balik-balikkan sebentar hingga ayam berpalut dengan bahan tumis tadi.
5. Hidangkan dengan nasi panas.



AYAM PANGGANG PEDAS MADU

Bahannya

BAHAN A
1/2 biji bawah besar
3 ulas bawang putih
4 tangkai cili api (sesedap rasa)
1 cm halia

BAHAN B
4 sudu besar madu lebah (tambah lebih jika mahu lebih manis)
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat manis
1/2 ekor ayam


Caranya:
1. Kisar bahan A sehingga hancur
2. Kemudian perap ayam dengan bahan A yg telah dikisar serta madu, kicap dan sos tiram.
3. Jika ada banyak masa peraplah ayam dengan lebih lama.
4. Panggang selama 45 minit dengan suhu 400 F.

Tambahan:
Kuantiti Bahan A dan bahan B boleh diubahsuai mengikut selera.


KERABU AYAM PANGGANG

Bahannya
250 gm ayam (bahagian dada)
2 sudu besar minyak zaitun
30 gm lobak merah (diparut panjang)
50 gm tauge (dicelur)
Lada hitam
Garam

Bahan untuk sos:
2 biji limau nipis (diambil jusnya)
2 ulas bawang putih (dicincang)
Gula pasir

Bahan dimayang:
2 batang serai
1 kuntum bunga kantan
4 biji cili merah
30 gm daun salad
10 gm daun ketumbar


Caranya:
1. Bersihkan ayam dan perap dengan bahan perapan selama 30 minit.
2. Kemudian bakar hingga masak.
3. Campurkan serai, bunga kantan, cili merah, daun salad, lobak merah, taugeh dan daun ketumbar.
4. Gaul bahan ini ke dalam bahan sos.
5. Sesuaikan rasa dan hidangkan bersama ayam.


AYAM BAKAR ENAK

Bahannya
3 camca besar minyak masak
Sedikit garam
1 ekor ayam
1 camca besar perahan limau nipis
500 ml santan daripada 1 biji kelapa

Bahan dikisar:
8 biji cili merah
2 batang serai
1 cm kunyit
8 biji bawang merah

Disangrai dan ditumbuk:
1 camca teh jintan putih
1 camca teh lada hitam
4 biji buah keras (pilihan)


Caranya:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bahan kisar dan bahan tumbuk sehingga wangi. Angkat.
3. Lumurkan garam dan separuh bahan tumis tadi pada bahagian luar dan dalam ayam.
4. Letak ayam di dalam bekas tahan panas.
5. Campur perahan limau dan santan, tuang ke atas ayam.
6. Tutup bekas dengan foil dan bakar pada suhu 200 darjah 1 1/2 jam atau sehingga masak.
7. Ketika menghidang, tuang baki bahan tumis tadi pada paha ayam.

Sumber:Kelab Ibu Ibu Bersalin Dan Berpantang

RESIPI SEMASA PANTANG – IKAN





RESIPI SEMASA PANTANG – IKAN

Ikan yang boleh dimakan semasa pantang ialah:

1. Ikan haruan
2. Ikan yu
3. Ikan selar
4. Ikan gelama
5. Ikan jenahak
6. Ikan merah
7. Ikan tenggiri
8. Ikan kurau
9. Ikan bawal putih
10.Ikan senangin
11.Ikan kerisi
12.Ikan kod
13.Ikan bilis
14.Ikan siakap
15.Ikan salmon

SUP IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
Sedikit minyak bijan (pilihan)
1 ulas halia (diketuk atau dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 keping asam keping
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Cara 1:
1. Tumiskan lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.


Cara 2:
1. Masukkan air dengan bawang putih, bawang merah dan halia
2. Masukkan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.


STEAM IKAN

Bahannya:
Ikan
2 Halia (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan
2. Steam sampai ikan masak.


SINGGANG IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yang sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping dan sedikit garam.
2. Bila dah mendidih, masukkan ikan.


IKAN TENGGIRI GORENG HALIA

Bahannya:
1 keping ikan tenggiri
4 gm halia - di hiris dan di goreng
3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Minyak masak

Caranya:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
2. Biarkan selama 20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4. Ketepikan.
5. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.
6. Masukkan ikan semula.
7. Tuangkan kicap dan di kacau rata.
8. Angkat ikan.
9. Taburkan halia goreng di atasnya.


IKAN TENGGIRI MASAK AIR

Bahannya:
2 keping ikan tenggiri
400 ml air
20 gm halia – di hiris
5 helai daun pegaga – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali pegaga.
2. Didihkan sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ikan masak.
3. Masukkan daun pegaga dan garam secukup rasa.


IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

Bahannya:
3 keping ikan tenggiri
5400 ml air
30 gm halia – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ cawan air asam jawa
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Didihkan semua bahan di atas api perlahan.
2. Masak hingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.


SUP IKAN TENGGIRI

Bahannya:
1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup

Caranya:
1. Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup.
4. Biar seketika dan tutupkan api.


IKAN HARUAN GORENG REMPAH

Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
30 gm halia – di tumbuk
2 ulas bawang merah – di tumbuk
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam secukup rasa.
Minyak masak

Caranya:
1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
3. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah.
4. Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata.
5. Curahkan kuah ke atas ikan.


IKAN HARUAN KUKUS

Bahannya:
1 ekor ikan haruan
1 keping cendawan hitam – di rendam dan di hiris
30 gm halia – di hiris halus
2 ulas bawang putih – di hiris halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji limau nipis – di ambil jusnya
Garam secukup rasa.
Air secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar – di hiris

Caranya:
1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan cendawan hitam, halia dan bawang putih.
3. Masukkan sedikit air. Didihkan
4. Tambahkan serbuk lada hitam, jus limau dan garam.
5. Sebelum hidang, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.


SUP IKAN HARUAN

Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
500 ml air.
2 sudu besar minyak jagung.
30 gm halia – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
2 ulas bawang putih – di tumbuk
1 sudu besar lada hitam – di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa.
Bawang goring
Daun bawang dan daun sup – di hiris

Caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan air.
3. Bila mendidih, masukkan ikan hingga masak.
4. Masukkan asam keping dan garam.
5. Masak hingga mendidih.
6. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.


IKAN HARUAN / IKAN BAWAL PUTIH/YU BERLADA

Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih atau 2 ekor ikan haruan (potong 4,
buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul isi ikan yu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
Bawang putih, halia – kisar halus
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pati asam jawa
1 biji bawang besar – potong bulat
1 biji cili merah dan hijau – di hiris
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.
2. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng sederhana garing. Tepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan.
5. Masukkan jintan manis
6. Masukkan pati asam jawa
7. Masukkan gula.
8. Biar mendidih.
9. Masukkan lada hitam
10. Masukkan garam secukup rasa.
11. Kemudian masuk ikan.
12. Biar kuah pecah minyak.
13. Apabila ikan masak, perlahankan api.
14. Masukkan bawang besar
15. Masukkan cili.


IKAN GELAMA MASAK ASAM

Bahannya:
2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
1 ketul halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam

Caranya:
1. Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit.
2. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili.
3. Masukkan air asam dan garam.
4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.


IKAN BAWAL KUKUS HALIA

Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis

Caranya:
1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil
4. Siram baki perapan kicap atas ikan
5. Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
6. Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.


IKAN PANGGANG BERKARI
(ikan haruan, tenggiri, bawal putih, salmon, gelama, merah, jenahak atau siakap)

Bahannya:
Ikan
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit

garam
2. Lumurkan di atas ikan
3. Panggang - boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.


IKAN PANGGANG HALIA MUDA

Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka

Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Caranya:
1. Lumurkan bahan A pada ikan.
2. Perap selama ½ jam.
3. Kemudian panggang ikan hingga masak.
4. Tumis bahan B hingga naik bau.
5. Tabur atas ikan.
6. Siap untuk dihidang.


IKAN PINDANG
(ikan merah,jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap)

Bahannya:
2 atau 3 ketul ikan
1 labu bawang putih (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris)
1 - 2 batang cili merah (dihiris)
5 cm lengkuas (diketuk)
5 cm kunyit (dihiris)
5 cm halia muda (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
3 – 4 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Caranya:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
3. Tuang air dan biarkan mendidih
4. Biar mendidih dulu baru masukkan ikan.
5. Masukkan serai
6. Masukkan asam keping dan garam.


IKAN BILIS LEMAK LADA HITAM

Bahannya:
50 gm ikan bilis
3 cawan air
1 cawan santan pekat
10 gm kunyit – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Didihkan santan bersama air dan bahan tumbuk di atas api perlahan.
2. Masukkan ikan bilis dan garam. Gaul sekata.


IKAN BILIS BERKUNYIT

Bahannya:
50 gm ikan bilis
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya.

Caranya:
1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.
2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.


IKAN BILIS DAUN KARI

Bahannya:
50 gm ikan bilis – di goreng
1 genggam daun kari
2 ulas bawang merah – di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris
Minyak masak.

Caranya
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukkan daun kari dan ikan bilis. Goreng seketika dan angkat.

Sumber:Kelab Ibu-Ibu Bersalin Dan Berpantang

Wednesday, April 10, 2013

Alhamdulilah...Outstation Seminggu

Alhamdulilah...setelah 3 tahun aku tak outstation,minggu lepas seminggu aku outstation.aku rasa satu pencapaian yang boleh dibangga sejak aku sakit.Memang rasa gembira giler dapat aktif macam dulu balik walaupun masih dalam lesen "P".

Sebenarnya minggu lepas aku outstation di Besut sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di Stadium Mini Kampung Raja bermula 2-4 April 2013.Macam biasa aku dan crew yang lain terlibat dalam kerja-kerja audiovisual untuk majlis ni.Sepanjang seminggu kat sini kami semua menginap di Rumah Rehat Pejabat Daerah di Pantai Air Tawar.

Aku betul-betul rasa bersyukur pada Allah SWT kerana dengan izinNya,sepanjang seminggu kat sini aku tak menghadapi sebarang masalah yang besar terutama berkaitan tahap kesihatan aku.Alhamdulilah.

Aku berharap selepas ini semuanya akan semakin positif.Amin.


 







 

Bismillah tiga Dan Fadhilatnya

Bismillah tiga Dan Fadhilatnya.

"Bismillah,Bismillah,Bismillah 'A'uudzu Billaahi 
Waqudratihi Min Syarri Maa Ajidu Wa Uhaadziru"

Jika mengalami sakit disesuatu anggota badan, doa ‘Bismillah 3’ ini mampu mengubati penyakit pada sendiri orang dan orang lain.

Hadis yang diriwiyatkan oleh Muslim dan Ibnu Malik dalam kitab Muwaththa, bahwa Ustman Ibnu Abil Ash Assaqafi telah menderita sakit pada salah satu anggota tubuhnya. Kemudian dia menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ini menerangkan tentang penyakit yang dideritanya.
Rasulullah berkata : “Letakkan tanganmu pada bahagian yang sakit, bacalah doa di atas tujuh kali, angkatlah tanganmu dan taruhkan kembali, kemudian bacalah lagi tujuh kali, ulangilah beberapa kali setiap hari dan malam.”

Ustman ibnu Abil Ash Assaqafi menerangkan : “Setelah aku kerjakan fatwa Rasulullah itu, tidak lama kemudian aku merasa sembuh dari penyakit yang telah kuderita beberapa waktu lamanya.”

Cara Dan Kaedah Merawatnya:
1. Tekupkan tapak tangan pada tempat yang sakit.
2. Berniat memohon pada Allah SWT untuk menyembuhkan penyakit.
3. Dibaca 7 kali doa di atas dan diiringi 3 kali surah ‘3 Qul’.
4. Afdal diulangi keseluruhan bacaan di atas sebanyak 3 kali.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar

Sumber:PERUBATAN SYIFA AL-IKHLAS (SATU IKHTIAR PERUBATAN ISLAM)