Part 1 (Hari Pertama)
Aiseyyyy..macam mane aku nak
tulis intro ni erk?dah setengah jam duk fikir.Sebenarnya aku nak berkongsi
cerita pasal family day opis aku.Hari opis aku buat familyday untuk
staff.Lokasi familyday kali ni di Sutra Beach Resort & Spa,Setiu.
Untuk ke Sutra Beach Resort &
Spa ni,aku telah berpakat dengan budak opis aku,Wan Teck untuk pegi sekali ke
lokasi kejadian.Korang sedia maklum la keadaan aku sekarang ni.Jadi terpaksa
mintak tolong Wan Teck teman aku drive kete sampai ke Sutra Beach Resort &
Spa.Kebetulan pulak Wan Teck ada masalah fobia bawak kete selepas eksiden
beberapa tahun lepas,sesuai sangat la aku pair dengan dia.Hehehe..
So,lepas solat jumaat tadi aku
pegi la amik Wan Teck dirumah dia.Mesti korang tertanya~tanya aku drive kete
sesorang ke dari umah?Takdelah.Dari umah aku ke umah Wan Teck,aku di escort
oleh adik & emak aku.Lepas tu baru aku berdua gerak pegi Sutra Beach Resort
& Spa.
Aku sampai kat sini lebih kurang
pukul 4.45 petang.Kebanyakkan staff lain dah sampai awal lagi.Lepas
salam~salam,aku pun pegi la register kat kaunter.First register di kaunter
familyday.Dapatla sehelai tower & t~shirt familyday.Tapi sayang t~shirt tak
muat.Mintak size lain.Size lain yang dapat.Hampeh tul!Next register di
reception Sutra,ambik kunci bilik.Aku dapat bilik no 134.Seperti mana perjanjian
PAKATAN (bukan pakatan rakyat yea) aku dan Wan Teck duk sebilik.
Masuk bilik apa lagi terus lompat
atas katil..Baring~baring.Plan nak tido jer.Hampeh kan?Macam takde aktiviti
yang lebih berfaedah je.Datang jauh~jauh (jauh ke??) duk bilik tido.Memang tak berkembang
minda betul la. Dalam duk baring~baring Wan ajak pegi mandi swimming
pool.Mulanya aku malas nak pegi sebab memang niat nak tido jer.Tapi bila tengok
muka Wan macam kesian sebab takde orang nak teman dia terjun swimming pool,aku
dengan paksa rela teman la dia.Terjun la aku dalam swimming pool macam jakun
tak pernah jumpa air.Heheheheeh..Aku mandi kejap jer lepas tu masuk bilik lepak
tengok tv.
Jam dah tunjuk pukul 4.00pagi.Wan
pun dah lama dibuai mimpi.Tinggal aku jer yang masih terkebil~kebil tulis entry
guna di dalam gelap ats katil sambil ditemani tv.So,aku stop dulu untuk part 1
ni.Nanti esok aku sambung balik..
Part 2 (Hari Kedua)
Hari ni 2nd day aku kat Sutra
Beach Resort & Spa dan jugak lastday familyday.Klu ikutkan jadual program
pagi ni seawal 7.00 pagi breakfast.Lepas tu acara sukaneka untuk budak~budak
& orang tua.Aku pulak tak terlibat langsung dengan semua aktiviti tu
sebabnya aku bangun tido pukul 10.00 pagi.Hahaahah.Bangun jer tido,aku mandi
dan siap~siap untuk check out.
Selesai urusan check out,tibalah
masa untuk cabutan bertuah.Dalam kepala aku dah target nak handphone Samsung.Handphone
murah jer,Samsung Ace dan Sampung S Advance.Tak kisah la,janji handphone.Hadiah
cabutan bertuah yang lain gagal menarik perhatian aku kecuali handphone.Entah
apa la yang aku kemaruk nak handphone tu pun tak tahu la.Macam tak pernah pakai
handphone pulak.Huhuhhuh.
Dipendek cerita,target aku nak
dapat handphone musnah sama sekali sebabnya kawan aku yang dapat hadiah tu.Next
target aku lepas kecewa tak dapat handphone adalah TV Plasma (size 32”,39”,41”
& 51”).Tapi memang jenis tak bertuah la aku ni.Hadiah TV tu pun kawan aku
yang dapat.Huwaaaaa.Selepas cabutan dibuat aku dapat no 13.Hadiahnya sepasang
jam tangan jenama Casio bernilai RM400.Alhamdulilah,syukur pada Allah dapat jugak
hadiah yang tak kurang hebat.Ok la tu dari dapat "toto".Kuikui
Lebih kurang pukul 2.30 petang kami semua bergerak
balik dengan hadiah masing-masing.Ada yang hepy giler dapat hadiah best-best
dan ada jugak yang moyok sebab dapat hadiah okey-okey jer.Apepun kene la terima
seadanya.Nama pun cabutan bertuah.Mesti ada yang bertuah dan ada yang kurang
bertuah.Yang pasti takde orang yang balik dengan tangan kosong.Maka berakhir
sudah familyday opis aku.
No comments:
Post a Comment