Wednesday, February 20, 2013

2013:Kemana Hala Tuju Ku..

2013:Kemanakah hala tuju aku...
Jam sekarang ni telah menunjukkan 4.38 pagi.Selesai menunaikan solat-solat sunat seketika tadi,aku mengadap pc layan muka buku dulu kejap.Tetiba aku terfikir tentang life aku sekarang ni.Apa pencapaian dan kemajuan aku yang telah aku dapat selama ni?Rasenye masih belum ada apa-apa lagi sejak  dari aku keluar dari universiti 5 tahun lepas.

Jika dilihat kepada kejayaan dan pencapaian kawan-kawan yang lain aku aku agak iri hati dengan apa yang mereka ada sekarang ni.Dengan umur yang sebaya dengan aku,ada diantara mereka telah berjaya mengecapi kestabilan kerjaya,ekonomi dan sebagainya.Tapi aku???

Apapun aku yakin dengan ketentuan Maha Pencipta.Sesungguhnya Allah telah menentukan apa yang terbaik untuk hambaNya.Mungkin kali ni rezeki untuk kawan-kawan  aku sampai dulu.Insyallah mungkin akan datang tiba rezeki aku pula.

Aku berharap dengan kemurahan rezeki yang dikurnaikan Allah suatu hari nanti,dapatlah aku melakukan sesuatu untuk ibubapa dan ahli keluarga yang lain sebagai tanda penghargaan  kepada mereka diatas sokongan dan dorongan mereka kepada aku selama ni.Amin..

"Ya Allah Ya Tuhanku.Engkau murahkanlah rezeki aku dan ahli keluargaku.Engkau jadilah kami   sebagai hamba Mu yang soleh.Yang sentiasa menuruti perintah Mu dan meninggalkan segala larangan Mu.

Engkau permudahkanlah segala urusan kami.Engkau peliharakanlah kami baik di dunia dan di akhirat.Ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Allah.Amin"

No comments:

Post a Comment