Wednesday, February 20, 2013

MEKANISME PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN KRISIS KEGANASAN.

MEKANISME PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN KRISIS KEGANASAN

Prosedur bertindak dalam menangani sesuatu krisis keganasan adalah
melalui mekanisme seperti berikut:

Jawatankuasa kawalan keganasan.

Bagi tujuan mengurus dan mengendalikan sesuatu krisis keganasan, satu jawatankuasa Kawalan Keganasan ditubuhkan dan bertanggungjawab kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN). Jawatankuasa ini akan digerakkan oleh Bahagian Keselamatan Negara (BKN) apabila tercetusnya sebarang kejadian keganasan yang membawa kepada krisis yang mengancam kepentingan Negara. Jawatankuasa ini bersidang di Bilik Gerakan, Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri. Unit Pengurusan Krisis dan Bencana, MKN bertanggungjawab menjalankan tugas urusetia kepada jawatankuasa ini.





Bidang tugas jawatankuasa kawalan keganasan adalah seperti menentukan strategi bagi mengatasi dan mengendalikan krisis serta tindakan yang perlu diambil akibat dari keganasan yang berlaku. Mengeluarkan arahan dan panduan bertindak kepada pasukan pengurusan krisis termasuk melulus dan mengeluarkan kenyataan media berkaitan dengan krisis.


Pasukan Pengurusan Krisis

Bagi membantu Jawatankuasa Kawalan Keganasan melaksanakan tindakan menangani keganasan, satu Pasukan Pengurusan Krisis ditubuhkan dan bertanggungjawab terus kepada jawatankuasa tersebut. Jabatan KDN/KA PDRM sebagai urusetia kepada pasukan ini, adalah bertanggungjawab untuk menggerakkan Pasukan Pengurusan Krisis apabila tercetusnya sebarang kejadian keganasan .

Bidang tugas Pasukan Pengurusan Krisis (PPK) adalah seperti Mengambil langkah yang perlu sebagai persediaan untuk bertindak bagi menangani krisis yang berlaku di tempat kejadian.Menilai dan menganalisis situasi krisis semasa dan menyediakan pelan tindakan yang kemas, teratur serta berkesan.


Seterusnya PPK mengendalikan krisis keganasan secara langsung di tempat kejadian.Membuat perakuan kepada Jawatankuasa Kawalan Keganasan bagi menentukan pemilihan pasukan penggempur sama ada dari PDRM atau ATM berdasarkan bentuk keganasan tersebut dan seterusnya membuat laporan , syor serta nasihat kepada JKK.




Pengendalian Krisis Keganasan Yang Melibatkan Warganegara Atau Kepentingan Malaysia Di luar Negara.

Bagi kejadian keganasan yang berlaku di luar negara yang melibatkan penahanan warganegara Malaysia sebagai tebusan dimana boleh mengancam nyawa atau tindakan keganasan yang menjejaskan kepentingan Malaysia di luar negara, Jawatankuasa Kawalan Keganasan hendaklah digerakkan. Sebarang bentuk tindakan yang bakal diambil bagi menangani atau menyelesaikan kejadian tersebut akan ditentukan dan diputuskan oleh jawatankuasa ini.

Kumpulan bantuan kepada Pasukan Pengurusan Krisis

Bagi membantu Pasukan Pengurusan Krisis menjalankan operasi menangani keganasan, tiga kumpulan dibentuk dan bertanggungjawab terus kepada pasukan ini. Kumpulan tersebut adalah Kumpulan perunding, Kumpulan bantuan kecemasan dan Kumpulan Penggempur.

Kumpulan Perunding

Kumpulan Perunding adalah terdiri daripada mereka yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang perundingan dan berperanan sebagai kumpulan perhubungan dengan pihak pengganas dalam menerima, mengumpul dan menyampaikan maklumat untuk memudahkan Pasukan Pengurusan Krisis membuat keputusan. Tugas utama kumpulan ini adalah untuk mengekalkan perhubungan dan mengadakan perundingan dengan pihak pengganas bagi mencari penyelesaian secara damai tanpa menggunakan keganasan.

Kumpulan Bantuan Kecemasan

Kumpulan Bantuan Kecemasan adalah terdiri daripada agensi- agensi yang memberi bantuan kepada Pasukan Pengurusan Krisis dalam bertindak bagi menangani krisis yang berlaku. Agensi- agensi terlibat adalah seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perkhidmatan Perubatan Kecemasan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Persatuan Bulan Sabit Merah dan Telekom Malaysia Bhd. Agensi- agensi berkenaan bertanggungjawab dalam memberikan bantuan kepada Pasukan Pengurusan Krisis.




Kumpulan Penggempur

Kumpulan Penggempur adalah terdiri daripada unit-unit pasukan keselamatan yang terlatih seperti Pasukan Gerakan Khas (PGK) PDRM, Grup Gerak Khas (GGK) TDM, Pasukan Khas Laut (PASKAL) TLDM dan Pasukan Khas Tentera Udara (PASKAU) TUDM bagi menggempur pengganas jika penyelesaian menerusi rundingan menemui kegagalan, atau jika keadaan di mana tindakan penganas itu akan mengancam keselamatan nyawa tebusan, premis atau harta benda. Unit Penggempur yang dipertanggungjawabkan akan ditentukan oleh Pasukan Pengurusan Krisis bergantung kepada kesesuaian serta bentuk krisis yang dihadapi.

Bidang tugas Kumpulan Penggempur adalah merancang pelan bertindak, menyelamatkan nyawa orang tebusan, harta benda dan
Premis serta menawan atau menghapuskan pengganas-pengganas.


Kumpulan Eksekutif

Satu Kumpulan Eksekutif hendaklah dibentuk oleh BKN berdasarkan keperluan serta arahan Jawatankuasa Kawalan Keganasan. Kumpulan ini diwujudkan bagi membantu Jawatankuasa ini menangani krisis keganasan yang kompleks serta berpanjangan, sama ada berlaku di dalam mahupun di luar negara yang mengancam keselamatan nyawa dan kepentingan Malaysia, dimana beberapa pendekatan daripada pelbagai sudut strategik perlu dipertimbangkan.

Keanggotaan Kumpulan Eksekutif itu hendaklah terdiri daripada Pegawai-pegawai Kanan yang berpengalaman di dalam pengurusan dan pengendalian krisis keganasan daripada BKN serta agensi/jabatan berkenaan. Timbalan Ketua Pengarah BKN hendaklah dilantik bagi mempengerusikan Kumpulan Eksekutif ini.

Bidang tugas Kumpulan Eksekutif ini ialah termasuklah menganalisis isu keganasan yang berlaku, merangka senario kemungkinan penyelesian krisis dan memperakukan opsyen-opsyen pendekatan yang strategik bagi tindakan yang melibatkan dasar dalam penyelesaian krisis.

Pengendalian Krisis Keganasan Yang Melibatkan Campurtangan Dan Tekanan Oleh Individu/Kumpulan Luar

Bagi kejadian krisis keganasan yang berlaku di luar negara dan warga Malaysia sebagai tebusan, dimana terdapatnya unsur-unsur campurtangan dan tekanan oleh individu/kumpulan luar, Jawatankuasa Kawalan Keganasan hendaklah memperakukan kepada kerajaan mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi menangani krisis keganasan tersebutdengan mengambil kira pertimbangan dari aspek kepentingan negara yang melibatkan politik domestik, hubungan diplomatik serta kepentingan strategik dua hala atau serantau.

Sumber:http://panggilanpertiwi.my/index.php?option=com_k2&view=item&id=36%3Amekanisme-pengurusan-dan-pengendalian-krisis-keganasan

2013:Kemana Hala Tuju Ku..

2013:Kemanakah hala tuju aku...
Jam sekarang ni telah menunjukkan 4.38 pagi.Selesai menunaikan solat-solat sunat seketika tadi,aku mengadap pc layan muka buku dulu kejap.Tetiba aku terfikir tentang life aku sekarang ni.Apa pencapaian dan kemajuan aku yang telah aku dapat selama ni?Rasenye masih belum ada apa-apa lagi sejak  dari aku keluar dari universiti 5 tahun lepas.

Jika dilihat kepada kejayaan dan pencapaian kawan-kawan yang lain aku aku agak iri hati dengan apa yang mereka ada sekarang ni.Dengan umur yang sebaya dengan aku,ada diantara mereka telah berjaya mengecapi kestabilan kerjaya,ekonomi dan sebagainya.Tapi aku???

Apapun aku yakin dengan ketentuan Maha Pencipta.Sesungguhnya Allah telah menentukan apa yang terbaik untuk hambaNya.Mungkin kali ni rezeki untuk kawan-kawan  aku sampai dulu.Insyallah mungkin akan datang tiba rezeki aku pula.

Aku berharap dengan kemurahan rezeki yang dikurnaikan Allah suatu hari nanti,dapatlah aku melakukan sesuatu untuk ibubapa dan ahli keluarga yang lain sebagai tanda penghargaan  kepada mereka diatas sokongan dan dorongan mereka kepada aku selama ni.Amin..

"Ya Allah Ya Tuhanku.Engkau murahkanlah rezeki aku dan ahli keluargaku.Engkau jadilah kami   sebagai hamba Mu yang soleh.Yang sentiasa menuruti perintah Mu dan meninggalkan segala larangan Mu.

Engkau permudahkanlah segala urusan kami.Engkau peliharakanlah kami baik di dunia dan di akhirat.Ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Allah.Amin"

Monday, February 18, 2013

FamilyDay@Sutra Beach Resort & Spa


Part 1 (Hari Pertama)

Aiseyyyy..macam mane aku nak tulis intro ni erk?dah setengah jam duk fikir.Sebenarnya aku nak berkongsi cerita pasal family day opis aku.Hari opis aku buat familyday untuk staff.Lokasi familyday kali ni di Sutra Beach Resort & Spa,Setiu.

Untuk ke Sutra Beach Resort & Spa ni,aku telah berpakat dengan budak opis aku,Wan Teck untuk pegi sekali ke lokasi kejadian.Korang sedia maklum la keadaan aku sekarang ni.Jadi terpaksa mintak tolong Wan Teck teman aku drive kete sampai ke Sutra Beach Resort & Spa.Kebetulan pulak Wan Teck ada masalah fobia bawak kete selepas eksiden beberapa tahun lepas,sesuai sangat la aku pair dengan dia.Hehehe..

So,lepas solat jumaat tadi aku pegi la amik Wan Teck dirumah dia.Mesti korang tertanya~tanya aku drive kete sesorang ke dari umah?Takdelah.Dari umah aku ke umah Wan Teck,aku di escort oleh adik & emak aku.Lepas tu baru aku berdua gerak pegi Sutra Beach Resort & Spa.

Aku sampai kat sini lebih kurang pukul 4.45 petang.Kebanyakkan staff lain dah sampai awal lagi.Lepas salam~salam,aku pun pegi la register kat kaunter.First register di kaunter familyday.Dapatla sehelai tower & t~shirt familyday.Tapi sayang t~shirt tak muat.Mintak size lain.Size lain yang dapat.Hampeh tul!Next register di reception Sutra,ambik kunci bilik.Aku dapat bilik no 134.Seperti mana perjanjian PAKATAN (bukan pakatan rakyat yea) aku dan Wan Teck duk sebilik.








Masuk bilik apa lagi terus lompat atas katil..Baring~baring.Plan nak tido jer.Hampeh kan?Macam takde aktiviti yang lebih berfaedah je.Datang jauh~jauh (jauh ke??) duk bilik tido.Memang tak berkembang minda betul la. Dalam duk baring~baring Wan ajak pegi mandi swimming pool.Mulanya aku malas nak pegi sebab memang niat nak tido jer.Tapi bila tengok muka Wan macam kesian sebab takde orang nak teman dia terjun swimming pool,aku dengan paksa rela teman la dia.Terjun la aku dalam swimming pool macam jakun tak pernah jumpa air.Heheheheeh..Aku mandi kejap jer lepas tu masuk bilik lepak tengok tv.




 Sebenarnya  hari ni takde aktiviti sangat pun.Cume lepas solat isya,semua staff kene masuk dewan ada kursus..Kursus?Cakap familyday,macam mane lak leh ada kursus?Haaaaaa....Jangan terkejut yea..Memang familyday opis aku macam ni.Mengarut tak tau apa.Time nak hepy-hepy pun nak buat kursus jugak!


Jam dah tunjuk pukul 4.00pagi.Wan pun dah lama dibuai mimpi.Tinggal aku jer yang masih terkebil~kebil tulis entry guna di dalam gelap ats katil sambil ditemani tv.So,aku stop dulu untuk part 1 ni.Nanti esok aku sambung balik..

Part 2 (Hari Kedua)

Hari ni 2nd day aku kat Sutra Beach Resort & Spa dan jugak lastday familyday.Klu ikutkan jadual program pagi ni seawal 7.00 pagi breakfast.Lepas tu acara sukaneka untuk budak~budak & orang tua.Aku pulak tak terlibat langsung dengan semua aktiviti tu sebabnya aku bangun tido pukul 10.00 pagi.Hahaahah.Bangun jer tido,aku mandi dan siap~siap untuk check out.

Selesai urusan check out,tibalah masa untuk cabutan bertuah.Dalam kepala aku dah target nak handphone Samsung.Handphone murah jer,Samsung Ace dan Sampung S Advance.Tak kisah la,janji handphone.Hadiah cabutan bertuah yang lain gagal menarik perhatian aku kecuali handphone.Entah apa la yang aku kemaruk nak handphone tu pun tak tahu la.Macam tak pernah pakai handphone pulak.Huhuhhuh.

Dipendek cerita,target aku nak dapat handphone musnah sama sekali sebabnya kawan aku yang dapat hadiah tu.Next target aku lepas kecewa tak dapat handphone adalah TV Plasma (size 32”,39”,41” & 51”).Tapi memang jenis tak bertuah la aku ni.Hadiah TV tu pun kawan aku yang dapat.Huwaaaaa.Selepas cabutan dibuat aku dapat no 13.Hadiahnya sepasang jam tangan jenama Casio bernilai RM400.Alhamdulilah,syukur pada Allah dapat jugak hadiah yang tak kurang hebat.Ok la tu dari dapat "toto".Kuikui


Lebih kurang pukul 2.30 petang kami semua bergerak balik dengan hadiah masing-masing.Ada yang hepy giler dapat hadiah best-best dan ada jugak yang moyok sebab dapat hadiah okey-okey jer.Apepun kene la terima seadanya.Nama pun cabutan bertuah.Mesti ada yang bertuah dan ada yang kurang bertuah.Yang pasti takde orang yang balik dengan tangan kosong.Maka berakhir sudah familyday opis aku.


Tuesday, February 12, 2013

Tahniah:Yang Dapat Baby Girl

Alhamdulilah..Salah seorang kawan baik aku masa kat UiTM dulu telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pukul 6.30 petang tadi di Hospital Seberang Jaya.Baby girl seberat 3.20kg dilahirkan secara normal.

Tahniah Siti Sarah a.k.a Yang dan suami diatas kelahiran anak sulung mereka.Semoga kehadiran cahaya mata ini akan menambahkan lagi kebahagiaan korang berdua..Tahniah :)

Foto: Copy Dari FB Yang Sarah



P/S:Bertambah sorang lagi anak buah aku.Heheheeh

Monday, February 11, 2013

Ayat-Ayat Pendinding dari jin ASYIK


Benteng Diri Anda Dengan Ayat-Ayat Pendinding Ini dari jin ASYIK

Terdapat beberapa ayat dan surah yang anda boleh amalkan. Jadikannya sebagai amalan harian dan istiqamah dengan apa yang dibaca :

1.Surah al-Fatihah – Ummul Kitab. Juga dikenali sebagai penawar seribu guna. Anda boleh melazimkan diri untuk membaca al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu. Tetapkan juga niat agar Allah S.W.T membantu anda melindungi diri dari gangguan jin dan syaitan.

2.Al-Mu’awwizat – tiga surah yang sering dipanggil ramai sebagai surah 3 Qul. Ia terdiri daripada Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas. Ia adalah amalan Rasulullah sebelum baginda tidur pada setiap malam. Kelebihan surah-surah ini adalah sebagai ayat-ayat pendinding dari gangguan jin dan syaitan sehingga anda bangun dari tidur.

3.Ayat Kursi – amalkan membaca Ayat Kursi dari Surah al-Baqarah ayat 255 ini sebagai pendinding diri dan juga perlindungan kediaman dan harta benda. Lebih afdal jika anda mengamalkannya selepas solat Subuh dan Solat Asar.

4.Surah Yaasin ayat 1 hingga 9 – sering dikaitkan sebagai hati al-Quran malah banyak hadis dari Rasulullah yang membicarakan kelebihan yang ada pada surah Yaasin ini. Ia boleh dibaca sebagai benteng dan pendinding untuk kediaman.

Amalan Surah Al-Fatihah



Contoh-Contoh Amalan Surah Al-Fatihah

Berikut adalah cara-cara mengamalkan Surah Al-Fatihah bagi tujuan rawatan:

1) Untuk membuat seseorang (suami/isteri, anak-anak) agar sentiasa mengingati kita (dengan niat yang baik sahaja)

Bacalah Surah Al-Fatihah 14 kali sebelum tidur malam.


2) Untuk demam panas

Baca Surah Al-Fatihah 7 kali terus kepada pesakit atau tiup ke dalam air (untuk minum, lap, mandi)


3) Untuk penyakit yang sukar sembuh atau serius

Baca Surah Al-Fatihah 41 kali dan tiup ke dalam air. Minum dan buat mandi dengan menggunakan air tersebut.


4) Untuk penyakit mental.

Baca Surah Al-Fatihah 7 kali sambil menggosok kepala orang tersebut

pada waktu pagi dan pada waktu malam, setiap hari tanpa jemu.


5) Bila di dalam kesakitan yang amat sangat,

Baca Surah Al-Fatihah 3 kali dan tiup ke dalam gelas berisi air dan minum.

Kemudian baca Surah Al-Fatihah sambil menggosok di bahagian yang

sakit itu.


6) Untuk bayi yang selalu menangis terutama pada waktu malam.

Baca Surah Al-Fatihah 7 kali sambil menggosok kepala bayi itu.


7) Untuk kecederaan seperti luka, disengat lebah, berdarah, jari tersepit pintu.

Baca Surah Al-Fatihah 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan ambil air liur dari

“langit-langit” dan sapu pada bahagian yang cedera itu.


8 ) Untuk pelbagai faedah atau niat

Sesiapa yang mengekalkan membaca Surah Al-Fatihah diantara sembahyang sunat subuh dengan fardhu subuh sebanyak 41 kali tidak ia:

i) Meminta pangkat melainkan ia dapat

ii)Ia miskin melainkan jadi kaya

iii) Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya.

iv) Ia sakit melainkan disembuhkan oleh Allah.

v) Ia lemah melainkan dikuatkan.

vi) Ia berdagang dinegeri orang melainkan dimuliakan orang, dikasehi dan sampai cita-citanya.


9) Untuk mengembalikan pangkat

Sesiapa yang telah dipecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan ia ingin kembali mendapatkan pangkatnya semula. Hendaklah ia membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali diantara sunat subuh dan fardhunya selama 40 hari (jangan kurang dari bilangannya dan jangan putus). InsyaAllah dikembalikan pangkatnya atau dapat ia menyandang pangkat yang lebih tinggi.

10) Untuk mendapat zuriat

Sesiapa yang mandul dan tidak mendapat anak sedangkan ia inginkan anak, amalkan membaca Surah Al-Fatihah 41 kali selama 40 hari dengan tidak putus dan tidak kurang. Masanya adalah antara sunat subuh dan fardhunya. InsyaAllah akan mendapat ia anak yang soleh dan baik.

11) Untuk sakit mata

Jika sesiapa yang mengidap sakit mata sama ada lama atau baru, dan diatas apa sifatnya sekalipun, hendaklah ia membaca Surah Al-Fatihah 41 kali selama 40 hari di antara sembahyang sunat subuh dan fardhunya. dengan niat meminta:

i) Sembuh penyakit matanya

ii) Pulih pandangannya.

12) Untuk luka atau kudis

Sesiapa membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang kudis atau luka atau apa sahaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya dengan izin All

Sumber: PERUBATAN SYIFA AL-IKHLAS (SATU IKHTIAR PERUBATAN ISLAM)