Sunday, January 6, 2013

Perkembangan Terkini Aku



Rasenya dah lama aku tak update perkembangan kesihatan aku.Bukan apa,sekadar nak berkongsi dengan kawan2 tentang perkembangan aku sekarang.Setelah 2 tahun 2 bulan aku “sakit” dah banyak perkembangan positif yang aku alami.Itu pun dalam sedar tak sedar.Tup tup tup,aku dah boleh buat hampir semua benda yang aku buat masa sihat2 dulu.Alhamdulillah,syukur pada Allah. 

Sekarang ni aku semakin bersemangat nak bertugas.Pantang ada arahan tugasan luar,aku takkan lepaskan peluang nk join sekali.Iyelah,dekat 2 tahun aku grounded sebelum ni.Bila dah okey sikit sekarang,memang aku agak excited nak bertugas.Cuma tugasan luar aku setakat ni terhad kepada tugasan MCP (Multiple Camera production).Untuk SCP (Single Camera Production) ada la sesekali aku keluar bergantung kepada keadaan. 

Berbalik kepada keadaan aku sekarang ni,semuanya dalam keadaan yang baik dan terkawal.Kalau dulu aku sentiasa mengalami perasaan berdebar2 tanpa sebab sehingga terpaksa makan ubat “Propanolol” untuk memperlahankan denyutan jantung,sekarang tidak lagi.Rasenye dah lebih 6 bulan aku tak makan ubat tu.Memang kadang2 berdebar tu ada.Cuma dah tak sampai tahap aku perlu makan ubat. 

Kalau dulu tetiba penglihatan aku menjadi kabur sampaikan nak baca no plat kereta yang jarak kurang 5 meter dari aku pun tak nampak,sekarang dah ok.Sesekali jer jadi macam tu.So,sekarang ni aku dah boleh meneropong ikut viewfinder. 

Kalau dulu,aku susah nak berdiri lama sampaikan awal dulu nk solat pun kene duduk,sekarang dah ok.Aku dah boleh berdiri macam biase.Cume sesekali tu ada la “ia” datang. 

Kalau dulu,aku kurang selera makan sampaikan pernah suatu ketika tu aku hanya minum bila jer tanpa makan,sekarang dah ok.Cuma sekarang nafsu makan aku sudah jadi luar kawalan.Hehehe.Nak makan jer kejenye.Berat badan pun dah berlipat ganda naik.Huhuhhuhuh.. 

Kalau dulu badan aku sentiasa sejuk walaupun dimusim panas,sekarang dah ok.Kalu dulu orang lain sibuk bukak kipas bukak aircond sebab panas.Aku pulak bukan main rase sejuk.Sampai berdiri kat tengah panas diluar rumah atau pejabat aku boleh rase sejuk lagi.Bila orang lain rase sejuk,aku pulak yang rase panas.Itu dulu la.Sekarang dah ok.Sesekali je rasenye macam tu. 

Kalau dulu aku memang tak boleh tengok atau berada ditempat ramai orang,sekarang dah ok la sikit.Masih lagi ada perasaan “lemas” tu,tapi dalam keadaan yang terkawal.Kalau tak terkawal,aku lari dari tempat kejadian sehingga keadaan kembali stabil. 

Kalau dulu aku takut bila keseorangan,sekarang dah ok. 

Kalau dulu aku agak murung,sekarang aku dah mampu tersenyum dan kembali ceria. 

Kalau dulu aku tak boleh langsung bawak kete moto,sekarang dah boleh.Kalau dekat2 boleh la aku bawak sesorang.Kalau jauh memang kene berteman.Kalau tak,dang2 jer “benda” serang aku balik.Huhuhuh. 

Nak ulas satu2 pasal perkembangan aku sekarang ni memang berjela2.Jadi untuk menjimatkan idea2 aku yang sudah agak ketandusan ni,jadi rumusannya tahap kesihatan sudah menunjukkan perkembangan positif dibandingkan dulu.Tapi masih ada tempat2 yang kekurangan tu.Aku harap lepas ni semuanya akan berakhir dan aku aku kembali sihat macam dulu.Amin. 

5 comments:

  1. Assalamualaikum Encik Mubin

    Secara tak sengaja saya terbaca blog Encik. Apa yang tercatat PERKEMBANGAN TERKINI seolah-olah sama dengan masalah yang saya hadapi. Dimanakah enck mendapat rawatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..terima kasih membaca blog saya yang tak seberap ni.terlalu byk tempat saya mendaptkan rawatan.setakat ni sudah 37 perawat yang saya jupe.dlm blog ini jugak saya ada share senarai pusat rawatan.sila rujuk entry2 yg lain

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. KALAU DAH MAKAN UBAT PROPANOLOL TU KIRA BERAT JUGAK TU SAKIT SAUDARA MUBIM... KATEGORI SAKIT JANTUNG TU... MCM SAYA JUGAK(HABIS UBAT ADIK-BERADIK YANG LAST DENGAN PERKATAAN LOL SAYA KENA MAKAN).. SAMPAI DOKTOR KATA SAYA ADA MASALAH MENTAL(3 KALI JUPA PAKAR PSY) BUKAN DOKTOR PSY YANG BAGI NASIHAT KAT SAYA... SAYA PULAK YANG NASIHAT KAT DOKTOR PSY. SAMA KITA NI SAUDARA MUBIM... NANTI KALAU ADA KELAPANGAN BOLEH KITA TENGO-TENGO DEKAT AREA PM, DEPAN IQ ATAU MANA-MANA. KALAU DAPAT KONGSI PENGALAMAN NGERI HEHEHEHEHEHE...HANYA YG RASA SAKIT NI JE YG DAPAT CERITA NGERINYA....

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2..xde masalah,ada masa boleh kite bertenggo2 bos

      Delete