Thursday, January 31, 2013

Handphone Baru:Nokia Lumia 620

Dah selamat..Siang tadi aku beli sebijik handphone baru keluaran Nokia,NOKIA LUMIA 620.Baru release bulan ni,Januari 2013.Handphone ni walaupun nampak hebat macam mahal giler.Tapi harganya hanya RM755 sahaja.

Kalau zaman sekarang orang duk kecoh pasal android bagai,aku pakai WINDOW PHONE 8 (WP8) jer. Mesti ada orang cakap apsal tak pilih handphone android jer. Rugi la guna WP8 pasal zaman sekarang semua orang guna android.Jawapan aku mudah jer.Memang sejak dari dulu lagi aku hanya percayakan handphone keluaran Nokia jer.Maksudkan aku dari segi kelasakan dan userfriendly.Sebelum ni aku pernah pakai handphone jenama lain.Tapi tak lama sebab tak ngam la dengan jiwa.

Nak citer pasal spec handphone ni memang aku tak pandai la.Yang aku tahu handphone ni guna perisian terbaru,Window Phone 8.Aku beli pun kerana "cinta pandang pertama".Duk surfing-surfing internet sekali ternampak artikel pasal handphone ni.Tengok "body" pun lawa.Terus aku jadi sangap.Hehehehe.Tu yang jadi beli handphone ni.Kuikukui.

So,lepas ni aku nak buat "kajian" skit apa yang ada kat handphone ni.Bye





Korang leh tengok spec Nokia Lumia 620 kat bawah ni..

GeneralsDate AnnouncedDecember 06, 2012 (4th Quarter)
StatusNew Model
Network TechnologyGSM 850 / 900 / 1800 / 1900
HSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100
  
Processor/ MemoryCPUDual-core 1 GHz Krait
RAM512 MB
Internal Storage8 GB storage
External MemoryMicroSd (Up to 64GB)
GPUAdreno 305
ChipsetQualcomm Snapdragon S4
  
BodyDimensions 
(height x width x thickness)(mm)
115.4 x 61.1 x 11
Weight (g)127
Available coloursLime green, orange, magenta, yellow, cyan, white, black
QWERTY KeypadNo
  
DisplayScreen Size, Resolution3.8 inches, 480 x 800 pixels
Screen ColorTFT capacitive touchscreen, 16M colors
DesignCandybar
Screen Protection-
MultitouchYes
  
SoftwarePlatform / OSMicrosoft Windows Phone 8
Java (J2ME)No
MessagingSMS, MMS, Email, Push Email, IM
OthersSNS integration,Active noise cancellation with dedicated mic,7GB free SkyDrive storage, Document viewer,Video/photo editor
  
SoundAlertMP3, Vibration, WAV
3.5mm JackYes
Extra FeatureMP3/WAV/eAAC+/WMA player
  
BatteryBattery Type/CapacityLi-Ion 1300 mAh (BL-4J)
Stand-byUp to 330 h
TalkTimeUp to 14 h 40 min (2G) / Up to 9 h 50 min (3G)
  
EntertainmentFM RadioNo
TV ReceiverNo
Others-
  
ConnectivityHSPDAHSDPA, 21 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps
WLANClass B
EDGEClass B
GPRSYes
WiFi Hot SpotNo
GPSYes
NFC SupportYes
BluetoothYes, v3.0 with A2DP, EDR
USB PortYes
SensorAccelerometer, Compass, Proximity
  
Camera SpecificationsCapacity5 Megapixel
Max. Resolution2592х1936
FlashYes
Video Recording-
Secondary CameraNo
Extra Featuresautofocus, LED flash,Geo-tagging
  
Sumber:mobile88.com

Review Pengguna Nokia Lumia 620: http://www.omar.my/2013/01/review-nokia-lumia-620/

Thursday, January 24, 2013

Sunday, January 20, 2013

Manusia Oh Manusia


Manusia oh manusia...Kadang2 aku naik heran jugak bila tengok perangai manusia yang bermacam ragam ni.Kadang2 perangai manusia2 ni mendatangkan keserabutan otak aku.Tapi nak buat macam mane itu lah manusia.
Ada manusia umur dah tua.tapi perangai macam budak baru lepas spm jer.Beluah skali kate orang teganu.Cara berfikir pulak kadang2 tak matang langsung.Tak padan dengan usia.Klu muda remaja tak kisah la.Ini dah tua bangka buat perangai macam tu lagi.
Dah naik berbuih mulut orang sekeliling bagi nasihat,tak jalan jugak.Bab teguran tak payah cakap la.Bukan setakat berbuih mulut,tapi dah nak cabut rahang mulut pun tak jalan.Ni la manusia.
Suruh buat itu tak nak.Ini tak nak.Semua tak nak.Ntah apa yang nak tak tau la.Sampaikan suruh menunaikan kewajipan pada Allah pun buat tak tau jer.Arahan sesama manusia dah la tak makan.Arahan Allah pun tak berapa nak buat jugak.
Aiiiii.Sedarlah wahai manusia.Umur semakin meingkat.Patutnya perangai,kelakuan,sikap dan pemikiran biarlah seiring dengan peningkatan usia.

Manusia oh manusia...Orang sekeliling dah naik stress tengok.Bermacam upatan,cacian,makian yang keluar dari mulut mereka semua.Tapi,still berubah-ubah jugak.

Oh manusia...Aku pun dah tak tau nak cakap apa.Berserabut otak_)*(&^&@$#%$%^*&^*&*()..

Wednesday, January 16, 2013

Carta Warna Air Kencing


Setiap kali korang  kencing mesti korang pernah perasan yang air kencing korang warna korangt berubah-ubah kan.Bukan lah berubah jadi warna pink,hijau,biru,pelangi atau sebagainya.Pelangi??Terus terbayang aiskrim paddle pop ada warna pelangii..Uhhhh,lama betul tak makan paddle pop.Besttttt..Slurppppp..
Puiiii!Sempat lagi mention paddle pop.Hahaha.Okey-okeybalik pasal warna air kencing tadi.Kadang-kadang kalau korang tengok,warna air kencing ada yang jernih,ada yang ala-ala kuning,ada yang kuning pekat,ada yang dah nak macam warna hijau.Paling parah  warna merah.Merah ni biasa terjadi bila ada masalah .Lebih kurang la.Aku pun tak reti sangat pasal medic.
Apepun aku nak share carta warna air kencing.Nanti korang leh baca dan tahu kenapa air kencing korang berubah ikut warna-warna tertentu.Aku nak ulas pun susah jugak sebab aku ni bukan Doktor.Sekolah rendah dulu bila cikgu tanya besar nak jadi ape,memang cakap nak jadi doktor.Masa tu ingatkan senang nak jadi doktor ni.Rupa-rupanya tahap kegabanan agak mencabar jugak la.Di tambah pulak aku ni bukan seorang yang rajin sangat bab-bab baca buku ni.Comfirm memang tak layak jadi jadi doktor.Bukan setakat doktor rasenye,nak jadi "dressa" a.k.a Pen.Peg.Kesihatan pun aku dah tak layak.Hahahah..

Apa yang aku merepek ni???Korang tengok je la carta kat bawah ni.Bye..Zassssssssssssssss......................


Monday, January 7, 2013

Don't Be Stupid!!!!

Jangan buang masa,duit dan tenaga melayan orang yang tak menghargai kite.Tinggalkan saje orang macam ni.Kat luar sana masih ramai orang tahu menghargai kite.Lebih baik kite mendampingi mereka ini daripada kite menjadi orang BODOH bak umpama punggok rindukan bulan.

Kepada mereka yang berkaitan,boleh la cuba amalkan doa ni.Aku jumpa dalam internet.Selamat beramal..



Sunday, January 6, 2013

Serangan Virus Dari Korea



Ketika seluruh mahluk bumi dilanda virus K-Movie atau K-Pop,rasenye aku salah daripada sesetengah orang yang tak terjejas akan virus ni.Korang yang salah faham pulak yea.Virus yang aku maksudkan ni bukan penyakit merbahaya macam H1N1,Selsema Burung dan sebagainay.Maksud aku kat sini adalah pengaruh dari negara Korea Selatan. 

Sejak beberapa tahun lalu,Korea Selatan telah menjadi salah satu Negara maju dalam jangka masa yang agak singkat.Kemajuan yang dikecapi oleh Negara ini telah meletakkannya standing dengan Negara-negara maju yang lain.Jangan terkejut dalam sesuatu bidang tu,Korea lebih maju dari Negara Barat dan Negara maju lain seperti Jepun. 

Kebangkitan Korea Selatan ini seterusnya telah mencetuskan satu revolusi baru dalam dunia hiburan seperti muzik,drama dan filem.Pengaruh-pengaruh industry ini telah melanda seluruh dunia seperti satu virus dimana dalam jangka masa yang agak singkat mereka mampu mengumpul peminat-peminat mereka tersendiri.Industri muzik dikenali sebagai K-Pop manakala industry perfileman dikenali sebagai K-Movie telah menjadi salah satu senjata dalam mengembangkan pengaruh mereka. 

MALAYSIA bumi yang bertuah turut dilanda virus ini.Berjuta-juta rakyat Malaysia telah menjadi peminat K-Pop & K-Movie.Aku yang dulu langsung tidak hairan dengan tersebarnya virus ini mula turut terjejas.Penyebaran virus sudah tidak terkawal lagi.Ketenangan dan kedamaian jiwa aku mula diragut.Setiap hari otak aku asyik teringatkan Korea. 

Semuanya gara-gara ASTRO.Jika tidak sudah pasti aku takkan terkena virus ini.Kejadian berlaku apabila aku tertekan channel 393 (One) kat remote ASTRO.Entah macam mana terkeluarlah satu rancangan game show dari Negara Korea yang dikenali sebagai RunningMan.Awalnya memang aku tak fokus sangat tengok game how ni.Tapi bila acap kali tengok RunningMan,mula rasa best.Maka dengan tanpa syak lagi aku mula follow game show ni.Daripada aku tengok kat TV saje,aku mula cari episode-episode awal RunningMan di website.Pernah suatu ketika tu,setiap hari dari siang sampai ke malam aktiviti aku hanya layan gameshow ni kat pc.Memang dah parah keadaan aku waktu tu.Memang hebat penangan Running Man. 

Apepun keadaan aku rasenye takdelah separah peminat-peminat fanatik Korea Selatan.Setakat ni aku hanya layan Running Man jer.Lepas tu adalah satu filem Korea Windstruk.Muzik?Ermmmm,muziksetakat adala jugak aku dengar.Itu pun aku tak kenal sape yang nyanyi.Layan lagu sebab lagu tu ada dalam Running Man.Hahahahaha. 

Kesimpuannya,aku terpaksa mengaku yang aku pun dah terkena virus dari Korea Selatan ni..Hahahaha. 

Running Man Figthing! Hahahah


Perkembangan Terkini Aku



Rasenya dah lama aku tak update perkembangan kesihatan aku.Bukan apa,sekadar nak berkongsi dengan kawan2 tentang perkembangan aku sekarang.Setelah 2 tahun 2 bulan aku “sakit” dah banyak perkembangan positif yang aku alami.Itu pun dalam sedar tak sedar.Tup tup tup,aku dah boleh buat hampir semua benda yang aku buat masa sihat2 dulu.Alhamdulillah,syukur pada Allah. 

Sekarang ni aku semakin bersemangat nak bertugas.Pantang ada arahan tugasan luar,aku takkan lepaskan peluang nk join sekali.Iyelah,dekat 2 tahun aku grounded sebelum ni.Bila dah okey sikit sekarang,memang aku agak excited nak bertugas.Cuma tugasan luar aku setakat ni terhad kepada tugasan MCP (Multiple Camera production).Untuk SCP (Single Camera Production) ada la sesekali aku keluar bergantung kepada keadaan. 

Berbalik kepada keadaan aku sekarang ni,semuanya dalam keadaan yang baik dan terkawal.Kalau dulu aku sentiasa mengalami perasaan berdebar2 tanpa sebab sehingga terpaksa makan ubat “Propanolol” untuk memperlahankan denyutan jantung,sekarang tidak lagi.Rasenye dah lebih 6 bulan aku tak makan ubat tu.Memang kadang2 berdebar tu ada.Cuma dah tak sampai tahap aku perlu makan ubat. 

Kalau dulu tetiba penglihatan aku menjadi kabur sampaikan nak baca no plat kereta yang jarak kurang 5 meter dari aku pun tak nampak,sekarang dah ok.Sesekali jer jadi macam tu.So,sekarang ni aku dah boleh meneropong ikut viewfinder. 

Kalau dulu,aku susah nak berdiri lama sampaikan awal dulu nk solat pun kene duduk,sekarang dah ok.Aku dah boleh berdiri macam biase.Cume sesekali tu ada la “ia” datang. 

Kalau dulu,aku kurang selera makan sampaikan pernah suatu ketika tu aku hanya minum bila jer tanpa makan,sekarang dah ok.Cuma sekarang nafsu makan aku sudah jadi luar kawalan.Hehehe.Nak makan jer kejenye.Berat badan pun dah berlipat ganda naik.Huhuhhuhuh.. 

Kalau dulu badan aku sentiasa sejuk walaupun dimusim panas,sekarang dah ok.Kalu dulu orang lain sibuk bukak kipas bukak aircond sebab panas.Aku pulak bukan main rase sejuk.Sampai berdiri kat tengah panas diluar rumah atau pejabat aku boleh rase sejuk lagi.Bila orang lain rase sejuk,aku pulak yang rase panas.Itu dulu la.Sekarang dah ok.Sesekali je rasenye macam tu. 

Kalau dulu aku memang tak boleh tengok atau berada ditempat ramai orang,sekarang dah ok la sikit.Masih lagi ada perasaan “lemas” tu,tapi dalam keadaan yang terkawal.Kalau tak terkawal,aku lari dari tempat kejadian sehingga keadaan kembali stabil. 

Kalau dulu aku takut bila keseorangan,sekarang dah ok. 

Kalau dulu aku agak murung,sekarang aku dah mampu tersenyum dan kembali ceria. 

Kalau dulu aku tak boleh langsung bawak kete moto,sekarang dah boleh.Kalau dekat2 boleh la aku bawak sesorang.Kalau jauh memang kene berteman.Kalau tak,dang2 jer “benda” serang aku balik.Huhuhuh. 

Nak ulas satu2 pasal perkembangan aku sekarang ni memang berjela2.Jadi untuk menjimatkan idea2 aku yang sudah agak ketandusan ni,jadi rumusannya tahap kesihatan sudah menunjukkan perkembangan positif dibandingkan dulu.Tapi masih ada tempat2 yang kekurangan tu.Aku harap lepas ni semuanya akan berakhir dan aku aku kembali sihat macam dulu.Amin. 

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun baru 2013


Selamat Tahun Baru 2013...

Alhamdulilah,Syukur pada Allah kerana kite semua masih diberi kesempatan untuk menikmati tahun baru 2013..Terima kasih Ya Allah.

Setiap kali tiba tahun baru,semua sibuk memasang azam baru.Nak kahwin la.Nak berhenti merokok la.Nak cari kerja baru la.Nak majukan diri dan macam-macam lagi.Tapi azam yang selalu kite dengar adalah azam dikalangan perokok.Setiap kali masuk tahun baru mesti mereka akan berazam 
bila masuk tahun baru mereka akan berhenti merokok.Tapi berapa kerat jer yang berjaya berhenti.Majoriti akan bawa azam mereka ni ke tahun-tahun akan datang.Heheheeh.Kaki rokok yang marah ye.

Aku dulu pun perokok tegar jugak dulu.Aku pernah berhenti merokok selama 4 tahun.Lepas tu merokok balik.Kali ni adalah kali kedua aku berhenti merokok.Dalam 2 tahun lebih dah.Setakat ni alhamdulillah berjaya.Harap yang ni akan kekal selamanya.Korang semua pun boleh berhenti merokok jugak nanti.Kalau aku boleh,mesti korang pun boleh.Yang penting semangat kene kuat.

Okey untuk tahun ni aku takde azam sebenarnya seperti tahun-tahun sebelum ni.Cuma aku berharap tahun 2013,aku akan:-

1) Sembuh sepenuhnya dari sakit yang dihidapi dan kembali sihat seperti dulu agar aku dapat  
    terus berbakti pada keluarga dan terus beribadat pada Allah.

2) Semoga aku mendapat kerja yang lebih baik dari sekarang.

3) Semoga aku anugerahkan pasangan hidup yang kekal abadi.

4) Semoga aku sekeluarga dimurahkan rezeki,diberikan kebahagiaan,diberikan kesihatan yang 
    berpanjangaan.

5) Diberikan segala kebaikan dan dijauhkan segala keburukan.

Ini lah harapan aku untuk tahun 2013.Semoga harapan aku ini dimakbulkan Allah S.W.T amin...

Lastly,Selamat Tahun Baru Untuk Semua.Semoga kite semua terus diberkati dan di rahmati Allah..