Monday, March 12, 2012

Interview...

Baru~baru ni,aku dapat penggilan telefon daripada Tabung Haji untuk menghadiri temuduga (27 Feb 2012).Yang jadi masalahnya,temuduga tu akan dijalankan keesokkan harinya (28 Feb 2012).Dalam keadaan last minute macam ni,memang kelam kabut jadinya.Tambah pulak kesihatan aku yang tidak mengizinkan menyebabkan aku tak berapa semangat nak pegi temuduga ni.

Tapi bila melihat kesungguhan dan harapan kedua~dua orang tua yang ingin aku pegi temuduga,rasa tak sampai hati pulak.Pada masa sama,aku duk memikirkan samaada mampu atau tidak untuk  "berjalan" jauh.Yelah sebelum ni kesihatan aku tidak mengizinkan aku untuk "berjalan"jauh.Duduk dalam kereta tak sampai sejam dah rase "lemas" susah bernafas.Itu baru sejam.Untuk temuduga ni aku terpaksa meredah perjalanan yang memakan masa tak kurang 6 jam.Ntah la macam nanti.Mampu tak aku nak mengharungi perjalanan 6 jam ni?????Persoalan ni,berlegar~legar dalam kepala aku..

Akhirnya aku buat keputusan untuk pegi temuduga tu..Aku akan cube bertahan semasa dalam perjalanan tu nanti.Aku berdoa dan tawakal pada Allah dipermudahkan segala urusan.

Langkah pertama,aku kene tepon "Yang" dulu.Ajak dia teman dan bertindak sebagai pemandu utama dalam "pengembaraan" ni.Lagi pun Yang dah biasa area KL disebabkan dia pernah bersekolah dan bekerja di KL.Jadi mungkin mudah la sikit nak cari tempat di KL nanti.Yang dah setuju nak teman aku.Pengembaraan ini juga disertai ayah aku.

Setelah pelbagai persiapan dibuat,pada pukul 9.30 malam,kami bertiga pun bertolak ke KL.Sebelum bertolak,aku sempat menunaikan solat sunat hajat mintak diselamatkan perjalanan,dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

Perjalanan kami menggunakan Proton Exora yang baru sahaja menjadi "ahli keluarga" baru keluarga aku.
Foto:Exora..


Alhamdulillah,dengan izin Allah aku menjadi pemandu pertama malam ni.Walaupun pemanduan aku tidak sehebat dulu,tp aku tetap bersyukur kerana sekurang~kurangnya aku dapat memandu jika dibandingkan keadaan dulu.Aku memandu sehingga ke Stesen Timbang Bukit Besi sebelum Yang mengambil alih pemanduan.

Perjalanan di teruskan sehingga kami berhenti berehat di R&R Temerloh.Selepas itu giliran aku pulak memandu bagi memberi peluang kepada Yang berehat.Ayah aku,duk lepak jer kat seat belakang.Tak sampai hati lak nak suruh dia drive walaupun aku tau dia masih mampu drive.Takpe lah,biar dia berehat kat belakang jer.

Foto:Lebuhraya Pantai Timur (LPT)

Alhamdulillah,perjalanan kami sungguh lancar.Kesihatan aku lak tidak terganggu sepanjang perjalanan ni.Syukur pada Allah.

Aku meneruskan pemanduan sehingga Plaza Tol Karak sebelum sekali lagi menyerahkan stereng pada Yang.Perjalanan diteruskan sehingga sampai di Menara Tabung Haji (TH) di Jalan Tun Razak.Masa tu pukul 4 pagi.Kami park Exora dibelakang menara.Kami mengambil kesempatan berehat sementara tunggu waktu subuh.Ayah aku lak duk sembang~sembang dengan kawan~kawan dia.
Foto:Menara TH

Masuk waktu subuh aku mandi dalam toilet kat bawah Menara TH sebelum menunaikan soloat .Selesai solat subuh,kami bersarapan di cafe Menara TH.Selesai sarapan,aku mula membuat persiapan.Tepat jam 9.30 pagi aku dah terpacak di Lantai 26 (tingkat 26) dimana terletaknya Jabatan Sumber Manusia.Temuduga tu dibuat kat sini.Masa aku sampai baru ada sorang calon yang sampai.Perempuan.Aku ni orang kedua la kiranya.Seorang staff HR suruh aku sain borang kehadiran.Time tu aku tengok 9 orang jer yang akan ditemuduga hari ni.Cepat la habis aku rase.Aku kemudianya disuruh mengisi borang butir~butir peribadi.

Tengah duk sibuk isi borang tu,nampak kelibat calon~calon lain yang baru sampai.Salah seorang calon tu aku macam kenal.Pikir punya pikir baru perasan salah seorang calon tu adalah pembaca berita TV9.
Foto:Sekadar hiasan

Memandangkan aku orang kedua yang sampai pagi tadi,ingatkan dapat la masuk awal interview.Last~last calon dipanggil ikut susunan nama.Nama aku lak last sekali.Hampeh betuiii..

Sorang demi sorang calon dipanggil masuk ke dalam bilik mesyuarat untuk di interview.Calon~calon yang dah selesai di interview mula bercerita apa yang disoal dalam bilik tadi.Aku pun curik~curik dengar.Tapi aku sedikit terkejut,bila calon yang dah di interview bagitau,mereka disoal dengan soalan fardhu~ain dan disuruh mengaji Al~Quran.Aku jadi gelabah giler sebab aku tak prepare apa~apa pasal fardhu~ain.Sebelum ni aku hanya baca nota pasal Tabung Haji jer..Adoiiiii,habis la aku klu tak dapat jawab apa yang disoal ni.
Foto:Sekadar hiasan

Perasaan cemas aku memang sudah tidak terkawal lagi.Aku memang jadi gelabah giler.Duduk pun tak tenang.Sepanjang menunggu giliran untuk di interview,aku berjalan ke hulu~hilir.Masuk tandas keluar tandas.Memang haru dibuatnya.Semua orang perasan dengan keadaan aku time tu.Lantak la apa korang nak cakap pun.Aku memang dah takleh kawal perasaan cemas aku.Ada sorang calon perempuan tu agak friendly.Dia dari Johor.Dia tanye apsal aku gelebah semacam.Aku cakap la dah lebih 3 tahun,aku tak di interview.Sebab tu jadi macam ni.Dia gelakkan aku.Katenye takde apa nak di cemaskan.Buat biasa sudah katenye.Aku tau niat dia baik nak tenangkan aku.Tapi aku dah memang takleh tenangkan diri aku ni.Keadaan aku berterusan sehingga aku dipanggil masuk ke dalam bilik interview.

Masuk dalam bilik,aku tengok ada seorang ustaz dan seorang pembantu ustaz.Ustaz ni agak berusia,dalam lingkungan 55~60an.Pembantu ustaz muda lagi,dalam lingkungan 20~25an.Pastu aku tengok ada sebuah kitab suci Al~Quran diatas meja.Setelah memperkenalkan diri,aku pun dikehendaki membaca Al~Quran.Selesai membaca Al~Quran aku pun disoal dengan soalan~soalan fardhu~ain.Alhamdulillah,aku berjaya menjawab soalan~soalan yang ditanya.Tapi ada jugak soalan yang aku tak dapat jawab.Mana yang aku tak dapat jawab,ustaz tolong jawabkan untuk aku.Hehehehe.

Keluar dari bilik interview, baru aku perasan yang calon~calon sebelum ni masih ada kat ruang menunggu.Pelik gak aku apsal diorang tak balik lagi.Aku pun try la tanye perempuan Johor yang friendly tadi tu.Lorrrrr,rupe~rupenya interview ni tak abis lagi.Yang tadi tu baru peringkat pertama.Peringkat kedua ni baru interview jawatan yang dipohon.
Foto:Sekadar hiasan

Sebelum tu,aku nak share dengan korang semua yang pada awalnya aku tak tau interview ni untuk jawatan apa.Yela sebelum ni,banyak sangat jawatan di Tabung Haji yang aku apply.Aku dapat surat panggilan interview pun by hand pagi ni.Baru la aku belek surat tu yang tertulis PANGGILAN TEMUDUGA BAGI JAWATAN PENGURUS PENERBITAN KORPORAT/PENGURUS ACARA KORPORAT.Mak aiiiii,jawatan pengurus tu.Ntah bila aku apply pun tak tau.

Walaupun calon interview 9 orang jer,tapi makan masa lama gak proses interview ni.Sorang tak kurang dari 30 minit di interview panel.
Foto:Sekadar hiasan
Tunggu punya tunggu giliran,sampai tertido aku kat ruang menunggu.Tapi takde la tido lena.Tido~tido ayam jer.Akhirnya sampai turn aku.Masuk dalam bilik,aku tengok ada 3 orang panel.Mereka ni pengurus kanan di jabatan~jabatan TH ni.Selepas memperkenalkan diri,aku pun di tanye dengan pelbagai soalan.Alhamdulilah,aku boleh menjawab setiap soalan yang ditanya panel.Lebih kurang pukul 1.45 petang,semuanya selesai.
Foto:Sekadar hiasan

Aku dengan Yang makan tengahari di cafe TH sebelum menunaikan solat zohor.Bila semua dah selesai,kami bersiap~siap nak balik ke Terengganu.Tapi dalam perjalanan balik nanti,aku nak singgah Gombak Setia dulu.Nak cari Pusat Rawatan Darussalam yang diusahakan oleh Dato Ismail Kamus.Alang~alang dah sampai KL ni,baik aku cube berikthiar dengan Dato.Lepas ni nak datang saje~saje KL ni memang tak nyer.

Foto:Dato Ismail Kamus

Sebenarnya lokasi sebenar pusat rawatan ni kami kurang pasti.Memang lokasinye di Gombak.Tapi kat celah mane tu tak tau.Bila cuba cari dalam GPS takde.Bila dah takde tu,aku set GPS ke kawasan berhampiran iaitu Stesen Minyak Petronas Gombak Setia.Bila dah jupe stesen minyak,baru la kami akan buat "penjejakkan"seterusnya.

Pada awalnya aku dah give up nk carik pusat rawatan ni.Ye la time tu dah 3.30 petang.pusat rawatan tutup pukul 4.00 petang.Mana sempat.Dengan jalan jemnyer lagi.Dengan tak tau lokasi sebenarnya pusat rawatan tu.Memang aku dah malas.Tapi atas semangat tidak berputus asa Yang,carik punya carik akhirnya jumpe gak pusat rawatan ni.Terima kasih Yang kerana jasa anda sampai kite di sini.
Foto:Pusat Rawatan Islam Darussalam
Sampai di pusat rawatan,tengok shutter dah tutup skit.Tapi tengok selipar kat luar banyak lagi.Tawakal je la.Aku pun masuk dan menuju ke meja pendaftaran.Kerani kat situ bagitau diorang dah tak terima pesakit lagi sebab dah ramai pesakit yang sedang menunggu.Aku slow talk dengan akak kerani ni.Aku bagitau kesian la kat aku datang jauh dari Terengganu nak berubat.Takkan nak balik kosong jer.Last sekali akak tu bagi masuk.Akak tu suruh aku isi maklumat peribadi dalam kad rawatan untuk tindakan susulan.Memandang aku datang secara adhoc,memang aku tak prepare ape~ape pun.Untuk proses rawatan,aku kene beli limau nipis (21 biji) dan air (5liter) dari pusat rawatan.Alang~alang beli,aku beli double semua barang tu.Yela,biar lebih sebab lepas ni memang payah dah aku nak datang sini.Semua sekali RM95+kos rawatan.Ok la tu.

Foto:Sekadar hiasan
Aku lepak di kerusi yang disediakan sementara menunggu giliran dipanggil.Dari pemerhatian aku,pusat rawatan ni adalah hasil gabungan 2 unit rumah kedai.Jadi agak besar la pusat rawatan ni.Kat ruang menunggu ada beberapa almari kaca yang kat dalamnya ada objek~objek seperti pedang,keris dan macam~macam lagi.Objek ni macam mistik sebab ada yang dah berkarat dan berbalut kain.Aku rase objek ni diambil dari pesakit~pesakit  yang mendapatkan rawatan dari Dato sebelum ni.Atas lantai dan dalam almari objek~objek tadi memang boleh tengok lada hitam bertaburan.Mungkin sebagai pendinding dari gangguan.Bacaan ayat ruqyah juga dipasang didalam pusat rawatan.
Foto:Sekadar hiasan

Hampir sejam tunggu,akhirnya sampai turn aku.Akak sebelum ni suruh aku bawak barang~barang yang aku beli tadi masuk ke Bilik Rawatan 1.Selain aku ada 2 orang awek masuk bilik yang sama dengan aku.Rawatan secara "berjemaah" rupanya.Akak tadi mengarahkan kami membuka tudung air,plastik limau dan duduk berlunjur kearah dinding.Kemudian Dato pun masuk.Dato mula membaca ayat~ayat ruqyah.Lepas tu Dato tiup kat telinga kami 3 orang.Kat air dan limau pun Dato tiup gak..

Semasa Dato start membaca ayat ruqyah tadi,aku dengar macam orang menangis.Bila aku tengok awek sebelah aku,nampak dia ok jer.Aku pun buat tak tau je la.Pastu aku dengar lagi tangisan tu.Suspen dah rase.Aku pun tengok awek sebelah aku sekali lagi.Comfirm dia ok jer,tak menangis pun.Abis tu sapa yang menangis ni?Bila aku try tengok awek kat sebelah awek sebelah aku ni,baru la perasan awek kat sebelah satu lagi tu yang menangis.Masa aku nak keluar dari bilik rawatan,awek tu masih lagi menangis macam tak sedar diri.Aku sempat dengar Dato tanya kat kawan awek tu.Ikut citer kawan dia,awek ni budak UIA.Setiap petang,lepas asar awek ni mesti kene gangguan.Dah lama awek ni menderita khabarnya.Sejak dari dari kampung lagi.Tapi tak pernah mendapatkan rawatan sebelum ni.Jadi atas usaha kawan~kawan la,awek ni leh sampai kat pusat rawatan.Lepas tu,aku tak tau la apa jadi dengan awek tu.Keluar dari bilik rawatan,aku jupe akak tadi bertanyakan cara~cara menggunakan air dan limau lepas tu gerak balik ke Terengganu.

Yang macam biase drive dulu sampai R&R Temerloh.Sampai kat situ,kite orang berhenti rehat,makan dan solat.Selesai semua,turn aku lak drive sampai.Sepanjang perjalanan tu,aku dengan Yang duk sembang tak mau bagi mengantuk.Tapi sebab letih sangat Yang tertido gak.Yela,dia yang banyak sekali drive dalam pengembaraan ni.Sesekali dia tersedar,tanye aku ok ke tak.Aku jawab ok jer.

Dalam perjalanan balik tu,ayah aku suruh singgah TH Kemaman,sebab nak hantar barang yang dikirimkan dari KL.Lepas tu perjalanan diteruskan hingga la sampai di rumah lebih kurang pukul 12.30 tengah malam.

Alhamdulillah,syukur pada Allah dengan rahmatnya semuanya selamat.


P/S:Sekalung perhargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang (Razlan Shahidan) kerana sudi membantu menjayakan pengembaraan ni.

3 comments:

  1. salam...interview di TH tu...baca al-quran diorang tetapkan surah mana ke? atau pon kita baca je surah mana2 pon?

    ReplyDelete
  2. wasalam..dia x tetapkan surah mana2.dia dah letak AL-Quran depan kita.lepas tu kita baca la surah mane2 sampaikan diorg suruh berhenti.lepas tu diorg akan tanya hukum tajwid.lepas diorg akan tanya pasal fardhu ain.ini semua disoal dlm bilik interview pertama.masuk bilik interview kedua barulah kita disoal pasal jawatan yang dipohon..ini pengalam saya la.mungkin pengalaman org lain tak sama dengan saya.

    ReplyDelete
  3. assalamua'alaikum akak, soalan fardhu ain tu dia tanya apa ja kak?

    ReplyDelete