Friday, June 27, 2014

TT Sambut Ramadhan Exotec Dan Gek

Alhamdulilah tadi telah berlangsung event TT Ramadhan Exotec (Exorian Terengganu Club) dan Gek (Gu Exora Kelantan) yang diadakan di Pantai Air Tawar Besut.Dan event ini telah dikelolakan oleh crew Exotec Besut (Bow Shot) selaku tuan rumah.

Event kali telah berjaya menghimpunkan lebih kurang 40 buah pesawat yang melibatkan lebih 50 orang ahli keluarga.

Disamping aktvititi BBQ,beberapa acara sampingan seperti sukaneka,cabutan nombor dan teka gula2 turut diadakan bagi memeriahkan lagi event yang terakhir sebelum menyambut bulan ramadhan.

Event kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan2 dari EOCMotosport Bekeng Comunity selaku tetamu jemputan.Satu langkah permulaan yang amat baik kearah perpaduan diantara kelab2 pemilik exora.

Tahniah kepada crew Bow Shot diatas pengajuran event kali ni.




















































Monday, March 31, 2014

Pray For MH370





Marilah kita  berdoa agar semua penumpang dan anak kapal MH370 selamat dari segala malapetaka insyallah.Walaupun PM dah umumkan bahawa pesawat malang ini telah mengakhiri penerbangannya di lautan Hindi.

Namun ianya bukanlah penamat.Kerana sehingga hari ni pasukan carilamat masih gagal menemui sebarang bukti fizikal yg boleh dikaitkan dengan pesawat malang ni.Keajaiban mungkin boleh berlaku.

Jadi bersamalah kita  berdoa pada Allah agar penumpang dan anak kapal MH370 ditemui dalam keadaan selamat.Insyallah

Tuesday, March 18, 2014

6 kelemahan Jin yang perlu tahu


Walaupun jin dan syaitan mempunyai kemampuan-kemampuan yang tidak dimiliki oleh manusia, akan tetapi al-Quran dengan tegas mengatakan bahawa hakikatnya syaitan dan tipu dayanya itu adalah lemah. Berikut adalah beberapa contoh kelemahan jin, di antaranya:

1. Tidak boleh mengalahkan orang-orang soleh.

Bukti bahawa syaitan atau jin tidak akan dapat mengalahkan orang soleh adalah perkataan syaitan sendiri ketika berdialog dengan Allah dalam surah al-Hijr ayat 39 -

“Iblis berkata:” Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka “. (Surah Al-Hijr 15: 39-40).

Dari ayat ini dapat difahami bahawa yang menyebabkan syaitan itu dapat menguasai seseorang adalah kerana perbuatan dosanya. Ketika seseorang itu dekat dengan Allah, maka syaitan akan lari dan tidak akan berani mendekatinya apatah lagi menguasainya.
2. Syaitan takut dan lari oleh sebahagian hamba Allah

Apabila seseorang betul-betul memegang ajaran agamanya dengan betul serta mengukuhkan keimanannya dengan teguh, maka syaitan akan takut dan lari. Hal ini terdapat pada diri Umar bin Khatab. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Turmu-dzi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda kepada Umar: “Sesungguhnya syaitan sangat takut olehmu, wahai Umar” (HR. Turmudzi).

Bukan hanya kepada Umar, akan tetapi syaitan (jin kafir) juga akan takut oleh orang-orang beriman yang betul-betul dengan keimanannya. Dalam al-Bidayah wan Nihayah, Ibnu Katsir pernah mengutip sebuah hadis berikut ini:

“Sesungguhnya orang mukminakan dapat mengawal (mengalahkan) syaithannya sebagaimana salah seorang dari kalian yang dapat mengawal untanya ketika perjalanan” (HR. Ahmad).

Bahkan, apabila seseorang betul-betul, dan soleh, dia boleh membawa qarinnya (penyertanya, kerana setiap manusia itu pasti disertai oleh syaitan (jin kafir) di sebelah kirinya dan malaikat di sebelah kanan atau sering disebut dengan qarin) masuk Islam. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim ini juga:

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:” Tidak ada seorang pun kecuali ia disertai oleh seorang qarin (penyerta) dari jin dan seorang qarin (penyerta) dari malaikat “. Para sahabat bertanya: “Apakah termasuk anda juga wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Ya termasuk saya, hanya saja Allah menolong saya sehingga jin itu masuk Islam. Ia (jin tadi) tidak pernah menyuruh saya kecuali untuk kebaikan “(HR. Muslim).

3. Jin takluk dan taat kepada Nabi Sulaiman.

Di antara mukjizat Nabi Sulaiman adalah dapat menaklukan jin dan syaitan sehingga semuanya boleh bekerja atas perintahnya. Hal ini sebagaimana ditegaskan dalam ayat al-Qur’an berikut ini dalam surat Shad ayat 36-38:

“Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya, dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam, dan syaitan yang lain yang terikat dalam belenggu” (QS. Shad ayat 36-38 ).
Mukjijat ini diberikan kepada Nabi Sulaiman sebagai pengabulan atas doanya yang mengatakan:

“Dan berikanlah kepadaku kerajaan yang tidak diberikan kepada seseorang setalahku” (QS Shad 38:35).

Doa Nabi Sulaiman inilah yang menyebabkan Rasulullah tidak jadi untuk mengikat jin yang datang dengan melemparkan anak panah ke muka beliau. Dalam sebuah hadis Muslim dikatakan:

“Dari Abu Darda berkata:” Suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bangun, tiba-tiba kami mendengar Rasulullah mengatakan: “Aku berlindung kepada Allah darimu”, kemudian Rasulullah Shallallahu’ Alaihi wa Sallam juga berkata: “Allah telah melaknatmu” sebanyak tiga kali. Rasulullah lalu menghamparkan tangannya seolah-olah beliau sedang menerima sesuatu. Ketika Rasulullah selesai solat, kami bertanya: “Wahai Rasulullah, kami mendengar anda mengatakan sesuatu yang belum pernah kami dengar sebelum ini.

Kami juga melihat anda membukakan kedua tangan anda “. Rasulullah menjawab: “Baru Iblis, musuh Allah datang membawa anak panah api untuk dipasang di muka saya, lalu aku berkata:” Aku berlindung kepada Allah darimu “sebanyak tiga kali, kemudian saya juga berkata:” Allah telah melaknatmu dengan laknat yang sempurna “sebanyak tiga kali. Kemudian saya bermaksud untuk mengambilnya. Seandainya saya tidak ingat doa saudara kami, Sulaiman, tentu saya akan mengikatnya sehingga menjadi mainan anak-anak penduduk Madinah “(HR. Muslim)

4. Jin atau syaitan tidak dapat menyerupai Rasulullah

Syaitan dan jin tidak dapat menyerupai bentuk dan muka Rasulullah saw. Oleh kerana itu, apabila seseorang bermimi melihat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, maka ia sungguh telah melihatnya. Dalam hadis sahih dikatakan:

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:” Sesiapa yang bermimpi melihatku, maka dia sungguh telah melihatku, kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku “(HR. Muslim).

5. Jin dan syaitan tidak boleh melewati batas-batas tertentu di langit

Sekalipun jin dan syaitan mempunyai kelebihan dapat bergerak dengan cepat, akan tetapi mereka tidak akan dapat melepasi batas-batas yang telah ditetapkan yang tidak dapat dilalui selain oleh para malaikat. Kerana apabila mereka berani melaluinya, maka mereka akan binasa dan hancur. Kerana itu pula, jin tidak dapat mengetahui dan mencuri maklumat dari langit sehingga apa yang dibisikkannya ke tukang-tukang ramal dan dukun adalah kebohongan semata. Untuk lebih jelasnya akan hal ini, dapat dilihat dalam surah al-Rahman ayat 33-35).

6. Jin tidak dapat membuka pintu yang sudah ditutup dengan menyebut nama Allah

Dalam sebuah hadis Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:” Tutuplah pintu-pintu, dan sebutlah nama Allah (ketika menutupnya), kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang sudah dikunci dengan menyebut nama Allah. Tutup jugalah tempat air minum (qirab dalam bahasa Arab adalah tempat menyimpan air minum yang diperbuat dari kuit binatang) dan bekas-bekas kamu (untuk masa sekarang seperti almari, bupet, peti sejuk dan lain) sambil menyebut nama Allah, meskipun kamu hanya menyimpan sesuatu di dalamnya dan (ketika hendak tidur), matikanlah lampu-lampu kalian “(HR. Muslim).

Sumber:http://www.feryco.com/6-kelemahan-jin-yang-anda-perlu-tahu

Saturday, February 22, 2014

Kisah Petang Tadi:Emergency Stop


Hampir 2 bulan aku exercise setiap petang,hari ni buat pertama kali aku terpaksa "emergency stop".Masuk lap 3 aku berjalan kaki tetiba aku rasa nafas aku laju semacam jer. 

Aku cube control biar nafas kembali normal tapi nampak tak berjaya.Aku dah mula rasa macam susah bernafas.Hidung dan mulut mula rasa sejuk.Aku dah hilang fokus.Macam perkara mula terlintas dalam fikiran aku.Adakah aku akan pengsan kat taman ni.Adakah aku akan mati kat sini.Klu aku tercungap2 susah nak bernafas aku nak mintak tolong sape?arghhh sudah semua benda aku dah fikir dalam kepala ni.

Aku terus berjalan sambil cube control diri aku.Cube fikir benda2 positif.cube control pernafasan aku.Walau apa pun terjadi aku mesti berjalan sampai ke moto aku.Dalam box moto aku ada beberapa jenis ubat yang aku standby untuk situasi tak diduga macam ni.

Sampai kat moto aku cube control lagi.Aku tak mau terus makan ubat.Kali ni keadaan menunjukkan kesan positif.Aku duduk rileks sekejap atas moto sambil2 melihat keadaan aku macam mane.Dalam kepala ni klu  still rasa susah bernafas aku akan cepat2 pegi hospital.Klu dah tak sempat sangat aku akan mintak tolong kat balai bomba sebelah taman selalu aku exercise ni.Kan bomba ada pasukan paramedik EMS (Emergency Medical Service) mesti dapat tolong aku.Tu jer yang aku dapat difikirkan masa tu.

Selepas duk rileks aku rasa keadaan okey skit.Aku terus start moto dan pecut selaju yang boleh balik umah.Sampai kat umah aku terus rilek2 atas katil  sambil termenung fikirkan apa yang terjadi tadi.Syukur pada Allah takde perkara yang serius berlaku petang tadi.Klu tak mesti lagi haru.

Selepas apa yang berlaku tadi aku rasa agak takut untuk exercise lagi.Mungkin aku bercuti dlu 2 3 hari tengok keadaan macam mane.Bila dah rasa okey aku akan sambung exercise.Buat masa ni bercuti dlu.

Tengah2 tulis entry ni aku masih lagi rasa kurang selesa bernafas.Hidung macam tersubat jer.Tapi keadaan masih baik dan kawal.Harap2 esk keadaan pulih seperti biase.Insyallah

P/s:Siyes aku masih dihantui kejadian petang tadi.Macame ni????

Tuesday, February 18, 2014

Cabutan Bertuah Yang Membawa Tuah..

Alhamdulilah..betul2 murah rezeki familyday kali ni.





Lokasi : Merang Suria Resort,Setiu
Tarikh : 14/15 Feb 2014

Sunday, January 19, 2014

MELINDUNGI DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR:


MELINDUNGI DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR:


- Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh naib s.a.w. 

- Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan. 

- Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap. 

- Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing. 

- Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur. 

- Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air. 

- Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya. 

- Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias 
  kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu. 

- Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah. 

Sumber: zamdurrani.dumei.com

Wednesday, January 1, 2014

Bantuan Mangsa Banjir Daerah Kemaman

Sekitar tempat pengumpulan bantuan untuk mangsa banjir daerah Kemaman di Pentas Dataran Pantai Batu Buruk 14 disember 2013.Program ini telah dianjurkan oleh kelab ngo bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir sekitar 7.00 petang.Sebanyak 17 buah kenderaan termasuk lori dan kenderaan 4x4 digunakan untuk menghantar bantuan ini ke daerah Kemaman.

Semoga hasil sumbangan orang ramai ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa banjir untuk menjalani kehidupan di pusat pemindahan sementara keadaan kembali pulih.

Kepada orang ramai yang prihatin dan yang telah sudi menghulur bantuan semoga Allah membalas jasa baik anda semua.Amin..