Sunday, June 29, 2014

Selamat Menyambut Ramadhan 2014/1435


Alhamdulilah dengan izin Allah aku berpeluang menyambut ramadhan pada tahun ni.Jika sebelum ini ramadhan disambut dengan keadaan kesihatan aku yang kurang memuaskan,namun tahun ni alhamdulilah kesihatan aku boleh dikatakan berada ditahap yang baik.Syukur pada Mu Ya Allah..

Ramadhan kali sedikit berbeza bagi aku kerana keadaan rumah yang sunyi tanpa adik2 aku yang lain.Adik aku yang lelaki dah bekerja di Kuala Lumpur.Dan adik aku yang perempuan pulak belajar di pahang.Jadi tinggallah aku dengan emak dan abah dirumah.Memang terasa sunyinya.Emak dan abah pun tengok kurang ceria.Mungkin rindu kat 2 orang lagi anak mereka tu.

Harapan aku semoga ramadhan kali ni dapat dilipat gandakan pahala dan keberkatan.Insyallah.

Selamat Berpuasa Kepada Seluruh Umat Islam..

No comments:

Post a Comment