Sunday, December 18, 2011

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W



1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.



2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepertita
    rumah yang tidak ada makanan.


3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang,    
    membersihkan perut


5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,ubat segala ubat.    
    Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut,  
    membuang kahak.Elok diminun waktu pagi dengan air suam.


6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak 
    yang baik dari segi karater dan wajahnya.


7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh  
    dari dahi. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata,  
    membuang kelupaan.


8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.


9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.


10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.


11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)


12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.Jangan diteguk. Mudah 
                mendapat sakit pada hati.

Wednesday, December 14, 2011

Pening.......


  

Seminggu ni pening kepale aku..ada sesuatu keputusan yang perlu aku buat.keputusan yang akan memberikan impak dalam kehidupan seharian selepas ni..aku sendiri dah blurrr apa keputusan yang patut aku buat..disebabkan otak aku dah jem fikir hal ni,jadi membuat keputusan unutk mendirikan solat sunat istikarah.semoga Allah memberikan pertunjuk kepada aku dalam membuat keptusan.insyallah

Sunday, December 11, 2011

Fenomena Gerhana Bulan

Foto:Gerhana Bulan

Semalam telah berlaku satu fenomena yang dikenali sebagai gerhana bulan. Fenomena yang terjadi  ini menjadi  salah satu bukti akan kebesaran Allah SWT.Allahuakbar.Apabila berlakunya fenomena gerhana bulan/matahari umat Islam digalakan menunaikan solat sunat gerhana.Alhamdulillah,aku sendiri sempat menunaikan solat sunat gerhana malam tadi.Syukur...

Pada mereka yang kurang jelas macam mana cara untuk menunaikan solat sunat gerhana,di sini aku share maklumat bagaimana cara menunaikan solat sunat gerhana.Selamat beramal..

PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN/MATAHARI
HUKUM SOLAT GERHANA

Sunat Muakkad ( مـؤكـدة )

CARA-CARA SOLAT

Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang
masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat
ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.

CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :

Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagigerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solatmalam.

Cara Pertama : 
Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.

Cara Kedua : 
Disebut dengan “ الكمال أدنى ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.

Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas
takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-manasurah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.

Cara Ketiga : 
Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang keduaakan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan
kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.

Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana
sehinggalah selesai.

Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa
dilakukan solat berjemaah.

ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
" الص ـل ة ج امـ ع ة " 
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.
(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan
ا ص ل&ى س ن ة خ س و ف ا لق م ر ر ك ـع ت ي ن مـأ م وم ـا ل ل ه
ت ع ـال ى 
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah 
Ta’ala”.
(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari
ا ص ل&ى س ن ة ك س و ف الش م س ر ك ـع ت ي ن
مـأ م وم ـا ل ل ه ت ع ـال ى 
“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah 
Ta’ala”.
5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
28. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti
khutbah Hari Raya).

INGATAN :
1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau
rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah
menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin
Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara
perlahan ( سر) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya
dilakukan dengan suara yang nyaring ( جـهر).
Disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
  
              http://jheatweb.terengganu.gov.my

Saturday, December 3, 2011

2012..

Foto:Sekadar hiasan

tak berapa lama lagi,kite semua akan menyambut tahun baru 2012...kedatangan tahun baru juga  bermaksud  meningkat lagi usia kite setahun dari umur sekarang.bagi sesetengah orang mereka berasa amat takut bila usia semakin meningkat kerana mereka berasa semakin tua.apa yang nak ditakutkan kan?pelik aku.dah memang lumrah kehidupan macam tu.nak tak nak kena hadapi jugak.macam kate pepatah "hidup ini umpama roda"..so,terimalah kenyataan..

2012.............aku harap kedatangan tahun baru ini memberi sinar baru kepada aku.harap sangat dengan izin Allah aku sembuh dari penyakit ni.Insyallah..semoga dengan izin Allah aku dapat terus beribadat kepadaNya dan berbakti kepada keluarga.

kehidupan aku di tahun 2011 ni sedikit suram kerana penyakit yang dihadapi.sebab tu aku harap sangat 2012 hidup aku kembali ceria macam sebelum2 ni..

Ya Allah..Engkau sembuhlah penyakit ku agar dapat terus beribadat kepada Mu dan berbakti kepada keluarga ku..amin