Monday, June 10, 2013

Mengobati Gangguan Sihir dengan daun bidara


Mengobati Gangguan Sihir dengan daun bidara

1. Dalil bahawa Daun Bidara beserta Rukyah mengubati Sihir:

Ibnu Katsir dalam huraiannya apabila menafsirkan Surah Al Baqarah Ayat 102 berkaitan Syaitan yang memfitnah Nabi Allah Sulaiman bahawa baginda menggunakan Sihir bukan Mukjizat meriwayatkan bahwa yang paling bermanfaat dalam menghilangkan pengaruh sihir adalah dengan menggunakan apa yang diturunkan Allah s.w.t. kepada RasulNya untuk menghilangkan hal itu yaitu membaca al-muawwidzatian (al-Falaq dan an-Nas) dan Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir syaitan.:

Al Qurtubi menceritakan daripada Wahab untuk mengubati Sihir: “ Diambil 7 helai daun bidara ditumbuk halus lalu dicampurkan air dan dibacakan Ayat Kursi dan diberi minum pada orang yang terkena sihir tiga kali teguk dan baki airnya diguna untuk mandi ,Insya Allah akan hilang sihirnya”. “Dan diutamakan membaca Qul A’uzubil Falak ,Qul A’uzubirabinnas juga ditambah Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir Syaitan.”

Sumber:PERUBATAN SYIFA AL-IKHLAS (SATU IKHTIAR PERUBATAN ISLAM)

Doa dan zikir moga anak jadi Soleh solehah

Foto:Google Image

Doa dan zikir moga anak jadi Soleh solehah

Al-Fatihah 7 kali 

Selawat 7 kali 

Subhanallah 44 kali 

Alhamdulillah 44 kali 

Allah hu Akbar 44 kali 

Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali 

Teruskan dengan bacaan doa.. 

” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,

Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,

Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. 
Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,
lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu 
dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.

Amin Ya Rabbalalamin..”

Sumber:PERUBATAN SYIFA AL-IKHLAS (SATU IKHTIAR PERUBATAN ISLAM)

CARA MINUM AIR ZAM-ZAM

CARA MINUM AIR ZAM-ZAM

Foto:Google Image
Hendaklah mengadap KIBLAT dalam keadaan BERDIRI, dimulakan dengan BASMALLaH, minum 3 TEGUK dengan 3 NAFAS, kemudian baru minum seperti biasa. Setelah itu BERDO'A dan bacalah SELAWAT. Jika diniatkan untuk mengubati penyakit, InsyaALLaH akan ALLaH SWT sembuhkan. Inilah air yg muncul daripada hentakan tumit Malaikat Jibril sebagai hadiah ALLaH SWT kepada Nabi ALLaH Ismail a.s.
[Diriwayatkan oleh Darulqutni, Ibnu Majah, Ahmad daripada Ibnu Abbas]

Sumber: PERUBATAN SYIFA AL-IKHLAS (SATU IKHTIAR PERUBATAN ISLAM)

Cara Rawatan Diri Sendiri

Bahan Yang Perlu Ada

Air mineral atau air 30 juzuk Al-Quran

Cara Rawatan diri sendiri:-

1. Mengambil wuduk

2. Solat sunat 2 rakaat (sekurang2 nya)

3. Berdoa minta Allah ampunkan dosa kita jika kita ada melakukan perkara2 syirik tanpa kita sedari, dan minta Allah bantu kita dalam usaha merawat mangsa sihir

4. Baca ayat ayat al-fatihah 7 kali dan 102 Surah al-Baqarah 21 7kali ,ayatul kursi 7 kali,3 qul 7 

5. Baca doa seperti ini "Ya Allah Yang Maha Agung,jadikalah usahaku sebagai asbab penyembuhan rohani dan jasmani,Ya Allah pulihkalah penyakitku sediakala.

6. Hembus / tiup air yang telah disediakan tadi

7. Minum sedikit.

8. Lebihan air itu masukkan ke dalam baldi, dan campur dengan air paip untuk dibuat mandi

9. Minta mangsa mandi dengan air tersebut, dan sewaktu mandi, minta mangsa gosok seluruh tubuhnya mana yang sampai dengan tangannya.

Sumber: PERUBATAN SYIFA AL-IKHLAS (SATU IKHTIAR PERUBATAN ISLAM)

Tip Doa Untuk Elak Dari Gangguan Mahkluk Halus

Tip Doa Untuk Elak Dari Gangguan Mahkluk Halus

1-AL-Fatihah x1
2-3Qul x1
3-Ayat Qursi x1
4-Doa Nabi Yunus x7

Zikir Doa Nabi Yunus-Alanbiya 21:87

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"

Sumber:FB Remaja Cinta Dakwah