|
Foto: Patch Keluaran Airwings Merchandise |
Tidak siapa yang menjangkakan
kejadian pencerobahan oleh “Tentera Diraja Sulu” di Lahad Datu akhirnya
mengundang pertumbahan darah.2 anggota Pasukan Komando 69 (VAT69) telah terkorban dalam pertempuran dengan pihak
musuh yang sekarang dikenali sebagai “Pengganas Sulu”.Kejadian ini amat mengejutkan
bagi seluruh rakyat dan Kerajaan Malaysia.Belum reda dengan kejadian pertama
ini,pada hari berikutnya 6 orang lagi anggota keselamatan dari Polis Diraja
Malaysia (PDRM) terbunuh apabila diserang hendap oleh Pengganas Sulu ketika
menjalankan operasi serbuan di sebuah kamoung di Semporna.Sekali lagi rakyat dan
Kerajaan Malaysia menerima tamparan hebat daripada kejadian yang berlaku.
|
Foto:Google Search |
Dalam kejadian pertama (1 Mac
2013),2 anggota Komando 69 terkorban apabila Pengganas Sulu menggunakan teknik
menipu dengan mengibarkan bendera putih (tanda menyerah diri).Apabila 2 anggota
ini mendedahkan diri sebagai respon kepada bendera yang dikibarkan mereka terus
ditembak. Mereka terkorban ditempat kejadian.
|
Foto: Kereta Perisai Adnan |
Kejadian kedua (2 Mac 2013)
,sekitar 40 anggota PDRM termasuk dari Cawangan Khas atau SB (Special Branch)
Bukit Aman telah menerima maklumat tentang sekumpulan Pengganas Sulu berada di
sebuah kampong.Satu operasi telah
dirancang dan satu serbuan telah dilaksanakan di kampong terlibat.Ketika
anggota-anggota serbuan memasuki kampong berkenaan,mereka telah diserang hendap
(ambush) oleh Pengganas Sulu.Pengganas Sulu ini seolah-olah telah bersedia akan
kedatangan pasukan serbuan telah melepaskan tembakan bertubi-tubi kearah
pasukan serbuan dan telah mengakibatkan 8 anggota terkorban.Dan yang paling
menyedihkan Pengganas Sulu ini telah ditindak kejam,ganas dan diluar sifat
kemanusian apabila mayat anggota serbuan yang terkorban telah telah dada dan
dikeluarkan organ dalaman mereka,dicungkil kedua-dua belah mata dan potong
kedua-dua belah tangan mereka.Masyallah begitu kejam tindakan mereka terhadap
anggota keselamatan kita.
|
Foto:Unit Tindakan Khas |
Susulan daripada kejadian yang
berlaku,pihak Kerajaan telah melaksana operasi besar-besaraan bagi menghapuskan
Pengganas Sulu ini.Operasi yang dikenali sebagai Operasi Daulat telah
dilaksanakan dengan mengabungkan 2 pasukan keselamatan Negara iaitu Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Beratus-ratus mungkin
ribuan anggota daripada kedua-duakan cabang perkhidmatan telah disatukan bagi
memburu musuh durjana ini.Dalam beberapa operasi yang dilaksanakan,lebih 60
Pengganas berjaya dibunuh oleh Pasukan Keselamatan (ATM & PDRM),manakala
lebih dari 100 orang berjaya ditahan dan ditangkap kerana disyaki dan
mempunyaikan kaitan dengan Pengganas Sulu.
|
Foto:Pasukan Tentera |
Namun sekali lagi Negara dikejutkan
dengan berita sedih apabila seorang lagi anggota Pasukan Keselamatan dari
Angkatan Tentera Malaysia (Darat) terkorban dalam pertempuran dengan Penngganas
Sulu.Ini merupakan kehilangan pertama bagi pihak Angkatan Tentera Malaysia
sepanjang Operasi Daulat berlangsung.Turut terkorban seorang anggota tentera yang
terlibat dengan kemalangan ketika mengiringi konvoi menghantar bekalan makanan
ke kawasan operasi.Jumlah anggota Pasukan Keselamatan yang terkorban setakat
ini 10 orang.Al-Fatihah..
|
Foto:Tembakan Mortar 81mm |
Dalam Operasi Daulat ini pihak
Pasukan Keselamatan turut mengerahkan anggota pasukan khas seperti Komando 69
(VAT69),Unit Tindakan Khas (UTK),Grup Gerakhas (GGK),Pasukan Khas Laut
(PASKAL),Pasukan Khas Udara (PASKAU),ParaTrooper (PARA) bagi melakukan tugas
memburu Pengganas Sulu.Pasukan Khas ini juga dibantu oleh anggota-anggota dari
kedua-dua cabang perkhidmatan bagi menjayakan Operasi Daulat.Aset-aset seperti
Kereta Perisai (Condor/Adnan),Pesawat Pejuang (F18),Helikopter (Nuri/LOH109),Meriam Howitzer 105mm dan Mortar 81mm turut digunakan
bagi membantu Operasi Daulat Ini.
|
Foto:Helikopter LOH 109 Milik PUTD |
Akibat dari kejadian ini,penduduk
kampong dikawasan yang terlibat ditelah pusat pemindahan sementara bagi
memastikan keselamatan dan kebajikan mereka terjaga.Sekolah-sekolah juga
terpaksa ditutup buat sementara waktu sehingga keadaan disahkan selamat oleh
Pasukan Keselamatan.
|
Foto:Bantuan Tembakan |
Apa yang berlaku seolah-olah “wake
up call” bagi rakyat dan kerajaan Malaysia setelah kita hidup dalam keadaan
aman dan selesa berpuluh tahun lamanya selepas pihak Komunis meletakkan senjata
pada tahun 1989.Kejadian ini telah menyedarkan rakyat dan kerajaan Malaysia
bahawa tidak tidak seharusnya leka dengan keamanan dan kemakmuran yang kita
kecapai selama ini kerana ianya boleh digugat bila-bila masa jika kita lalai
atau leka.
|
Foto:Nuri TUDM |
Apa yang berlaku ini walaupun
sukar untuk diterima,namun ianya juga mungkin menjadi satu peringatan bagi kita
rakyat Malaysia agar tidak terlalu leka dan hanyut.Semua rakyat dari segenap
lapisan,dari pelbagai agama,bangsa,keturunan haruslah sentiasa bersatu padu
bagi memastikan Negara kita ini bebas dari ancaman-ancaman yang mungkin mampu
menggugat keselamatan Negara.Rakyat juga perlu bersiap sedia untuk membantu
mempertahankan keselamatan Negara jika diperlukan.
|
Foto:Kereta Perisai Condor |
Bagi pihak Kerajaan pula,mungkin
selepas kejadian ini dapatlah ditambah kelengkapan-kelengkapan tertentu seperti
radar,kapal/bot rondaan maritime dan sebagainya bagi mengukuhkan lagi tahap
benteng pertahanan Negara.Jadikan apa yang berlaku ini sebagai pengajaran bagi
menilai keperluan-keperluan tertentu berkaitan aset-aset keselamatan dan
pertahanan Negara.
|
Foto:Unit Tindakan Khas |
Apa yang aku tulis ini,adalah
pandangan dan luahan hati peribadi aku semata-mata.Sesungguhnya apa yang
berlaku ini turut memberi kesan mendalam bagi aku sebagai rakyat Malaysia yang
mencintai keamanan.Sedih bila aku mebaca suratkhabar atau menonton tv yang
melaporkan tentang kesedihan yang terpaksa ditanggung oleh ahli keluarga
pahlawan kita yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan Negara.Sesungguhnya
pengorbanan yang mereka lakukan ini adalah demi memastikan kita semua rakyat
Malaysia dapat hidup aman,selesa dan selamat disamping keluarga tersayang.Memang
seharusnya kita menghargai pengorbanan meraka yang terkorban dan mereka yang
masih berjuang dalam Operasi Daulat.
|
Foto:Musuh Berjaya Ditahan |
Kita mungkin tak mampu untuk
menggalas senjata dan berjuang bersama mereka di perbatasan.Namun kita mampu
untuk menadah tangan memohon doa pada Allah S.W.T agar Pasukan Keselamatan yang
sedang berjuang sekarang ini diberikan perlindungan dan kejayaan dalam
mempertahankan kedaulatan Negara.
|
Foto:Pembersihan |
Kepada pahlawanyang terkorban
bersamalah kita sedekahkan Al-Fatihah.Semoga roh mereka dicucuri rahmat.Kepada
mereka yang masih berjuang,teruskankan perjuangan kalian,kami rakyat Malaysia
mendoakan keselamatan dan kejayaan kalian semua.
|
Foto:Musuh Yang Berjaya Dibunuh |
P/S:Jika diberi peluang,aku
sanggup ke Lahad Datu berjuang mempertahankan kedaulatan bersama Pasukan
Keselamatan kita disana.Ex-Anggota Batalion Pertama,Rejimen 512.GEMPUR
WIRA!GEMPUR WIRA!GEMPUR WIRA!
|
Foto:Musuh Yang Berjaya Dibunuh |
|
Foto:Musuh Berjaya Ditahan |
|
Foto: Pembersihan |
|
Foto:Unit Tindakan Khas |
|
Foto: Pahlawan Yang Terkorban Dan Tercedera |
|
Foto: Pahlawan Yang Terkorban Dan Tercedera |
|
Foto: Pahlawan Yang Terkorban |
|
Foto:Kekejaman Pengganas |
|
Foto:Anggota Yang Cedera Parah Dalam Pertempuran |
|
Foto: Pahlawan Yang Terkorban |
|
Foto:Pangganas Sulu |
|
Foto:Wajah Pengganas |
|
Foto: Komando 69 (VAT69) |
|
Foto:Unit Tindakan Khas (UTK) |
|
Foto: Grup Gerakhas (Komando) |
|
Foto:Pasukan Khas Udara (PASKAU) |
|
Foto:Pasukan Khas Laut (PASKAL) |
|
Foto:10 Briged Para (PARA) |
|
Foto:Sumbangan Untuk Wira Yang Terkorban |