Friday, August 31, 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55


Alhamdulillah..Syukur pada Allah dengan izinNya tanahair tercinta MALAYSIA  telah menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 55.Terima kasih kepada pemimpin dan pahlawan terdahulu kerana dengan jasa khidmat bakti dan pengorbanan mereka,kita semua dapat mengecapi kemakmuran dan keamanan seperti mana sekarang.


Merdeka!Merdeka!Merdeka!


Monday, August 27, 2012

R AHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Pic:Google
Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....

AMINnnnn.

Sumber:http://halaqah.net/v10/index.php?topic=10960.0

Saturday, August 25, 2012

Doa Perlindungan

Assalamualaikum..Doa ni aku kurang pasti untuk apa.Sebab dari sumber aku dapat pun tidak menyatakan doa untuk apa.Tapi berdasarkan pemerhatian,aku rasa doa perlindungan.Apepun selamat beramal.

MEMBACA 3 KALI SETIAP PAGI DAN PETANG



بِسْمِ الله الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ


[Bismillaahil ladzii laa yadzurru ma'asmihi syai-un fil ardhi wa laa fis samaa-i wahuwas samii'ul 'aliim.]

“Dengan nama Allah, tidak ada yang membahayakan bersama namaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan di langit, Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”

Dalil:

Dari Utsman bin Affan t, Rasulullah r bersabda,

َ مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ بِسْمِ الله الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ

“Barangsiapa di antara hambaNya yang mengucapkandi pagi hari atau petang:(artinya: Dengan nama Allah, tidak ada yang membahayakan bersama namaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan di langit, Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.” ), tiga kali, tidak terganggu dari segala sesuatu.” [HR Tirmidzi no 2210(kt)]


Sumber:PERUBATAN SYIFA AL-IKHLAS (SATU IKHTIAR PERUBATAN ISLAM)

Thursday, August 23, 2012

KAEDAH MERAWAT KERASUKAN JIN


Pic:Google
Azan adalah senjata untuk mengusir dan juga mencederakan jin,iblis dan syaitan

1.Al-fatihah x1

2.Surah Al-Baqarah 1-5 x1

3.Surah Al-Bqarah 255 x1

4.Surah Yasin 58 x7

5.Surah Yasin 59-60 x3

6.Surah Al-Ikhlas x3

7.Surah Al-Falaq x3

8.Surah An-Nas X3

Wangian Kasturi Syifa 3o Juzuk Al-Quran untuk mengusir jin

Nota 

Merawat pesakit memerlukan keyakinan diri pada Allah dan juga kekuatan rohani dalam diri seseorang ketika berdepan dengan jin atau sihir ia bukan perkara yang mudah.Serahkan pada yang pengalaman dalam perubatan islam.

PERUBATAN SYIFA AL-IKHLAS
(SATU IKHTIAR PERUBATAN SYIFA AL-IKHLAS)

017-2830221 & 013-2009808
PENAL PERAWAT PERUBATAN SYIFA AL-IKHLAS

Sumber:PERUBATAN SYIFA AL-IKHLAS

AYAT PERLINDUNGAN UNTUK ANAK DI LAHIRKAN


Pic:Google
Untuk meghindari bisikan setan pada bayi adalah dengan membacakan Surat Ali Imran ayat 36 dengan maksud untuk memohonkan perlindungan Allah SWT untuk anak yang baru dilahirkan agar terhindar dari godaan setan yang terkutuk.

فَلَمَّا وَضَعَتْهَا قَالَتْ رَبِّ إِنِّي وَضَعْتُهَا أُنْثَى وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا وَضَعَتْ وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالأنْثَى وَإِنِّ
ي سَمَّيْتُهَا مَرْيَمَ وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ 

Artinya:
Maka tatkala isteri 'Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: "Ya Tuhanku, sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai Dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk."

Sumber:https://www.facebook.com/pages/PERUBATAN-SYIFA-AL-IKHLAS-SATU-IKHTIAR-PERUBATAN-ISLAM/157470630999428

Friday, August 17, 2012

Tips memanjangkan hayat bateri handphone:


♥ Jangan guna handphone sampai bateri abis langsung atau terpadam terus! tak baik untuk kesihatan bateri tu.

♥ Jimat menggunakan bateri handphone dengan mematikan features yang jarang di gunakan.Anda ingat bahwa bateri handphone anda ada umur berdasarkan kitar hayat pengecasannya? Semakin banyak anda menggunakan kuasa bateri anda, maka semakin kerap anda perlu mengecas bateri berkenaan, bereti kitar hayat cas bateri handphone anda akan cepat habis. Untuk mengelakkan hal tersebut, anda perlu berjimat dengan mematikan features yang tidak atau jarang anda gunakan.

♥ Ada beberapa features yang banyak menggunakan tenaga yang biasa terdapat dalam handphone canggih/smartphone, yang terkadang kita sendiri tidak begitu sedar kewujudannya, namun tetap aktif meskipun kita tidak ingin menggunakannya seperti Bluetooth, Wi fi, 3G, screen saver dan lain-lain. Matikan features tersebut jika ia tidak digunakan.

♥ Jangan biasakan menelefon sambil mengecas handphone anda.Ini juga termasuk kebiasaan buruk beberapa pengguna handphone. Selain tidak baik untuk kesihatan (kerana ketika mengecas tahap radiasi dan suhu bateri bertambah), menelefon sambil mengecas handphone juga akan menggunakan kuasa bateri, sehingga secara tidak disedari, ini akan memanjangkan proses pengisian tenaga di dalam bateri.Biasakan untuk mematikan hand phone atau sekurang-kurangnya mematikan vibrate features ketika sedang mengecas.

Mematikan handphone ketika mengecas adalah tindakan yang bijak, tujuannya adalah untuk melancarkan proses pengecasan tanpa adanya gangguan dan tidak membebani bateri yang sedang di cas.

♥ Jangan sesekali terlebih tempoh cas bateri.Ini juga salah satu kebiasaan buruk yang sering dipraktikkan. Terkadang kita malas atau lupa untuk segera menghentikan proses mengecas, walaupun sebenarnya bateri handphone kita sudah penuh. Paling dahsyat, kita biasanya suka melakukan proses mengecas ketika hendak tidur. Proses mengecas normal untuk bateri modern biasanya sekitar 2-4 jam, bila kita membiarkannya semalaman dalam kondisi cas (anggap kita tidur sekitar 6 jam), maka bateri akan mengalami “overcharge” selama 2 – 3 jam, dan ini bukanlah baik untuk bateri kita. “Overcharging” bateri adalah salah satu pembunuh tersembunyi yang dapat mempercepat kematian umur bateri.

♥ Jangan menelefon dalam keadaan bergerak.Menerima atau membuat panggilan dalam kenderaan memerlukan tenaga yang tinggi. Ini kerana handphone berusaha untuk mencari signal dari BTS yang terdekat. Aktiviti inilah yang memakan tenaga bateri yang banyak. Apatahlagi jika anda menggunakan sambungan internet dalam keadaan bergerak. 

♥ Jangan letak handphone anda di tempat yang panas.Suhu udara yang panas adalah musuh utama setiap komponen gadget/peralatan elektronik. Baik panas atau sejuk yang berlebihan boleh merosakkan komponen tersebut, termasuk juga bateri handphone. Tertinggal di dalam kereta di cuaca panas terik, bermakna anda perlu bersedia untuk beli bateri baru. ( Inilah situasi kekembungan bateri handphone tunang aku).

♥ Gunakan original charger.Charger yang original direka dengan aliran arus yang sesuai untuk mengecas bateri handphone tersebut. Charger orang lain atau menggunakan charger yang tidak sesuai akan mempengaruhi aliran daya ke bateri dan dalam jangka panjang boleh merosakkannya.

♥ Jangan sesekali biarkan handphone anda terjatuh (handphone NOKIA terutamanya- mentang-mentanglah NOKIA terkenal dengan kehebatannya, saja je bagi jatuh nak testlah konon.haha).

Mungkin hanya orang yang kurang waras atau duitnya banyak yang suka menjatuhkan HP sendiri dengan sengaja. Lainlah kalau jatuhnya secara tidak sengaja, tetapi situasi inilah yang sering kita alami. Selain dari mempengaruhi komponen yang lain, ketika jatuh bateri boleh saja mengalami litar pintas, dan bila keadaannya parah, bateri boleh saja rosak serta merta.

♥ Elakkan cas handphone dalam kereta.Seperti yang dijelaskan sebelum ini, arus daya yang tidak stabil dalam proses cas bateri boleh merosakkan bateri dalam jangka panjang. Arus daya yang dihasilkan oleh kereta melalui lubang “cigarette lighter” sangatlah tidak stabil, terutama ketika kenderaan sedang berjalan.

♥ Bersih itu asas kesihatan.Pastikan bateri handphone anda sentiasa bersih daripada habuk dan bendasing yang tidak diingini..

Sumber:https://www.facebook.com/mohamadfazlee.samsuri